[VIDEO] Berhentikan motor nak beli daging, warga emas maut kena 'sodok' van angkut di Sumetara Utara


  • Benua
  • Selasa, 11 Feb 2025

Purba (dalam bulatan) dirempuh van angkut sebaik saja sampai di gerai daging.

HAJAT seorang warga emas untuk membeli daging tidak kesampaian apabila dia dirempuh oleh sebuah van angkut dalam kejadian yang berlaku di Kecamatan Siantar Selatan, Sumetera Utara, Indonesia pada Ahad.

Dalam video yang tular, mangsa yang dikenali sebagai Tiro Purba, 65, memberhentikan motosikal seketika di sebuah gerai menjual daging yang terletak dekat tepi jalan.

Baru saja beberapa saat dia sampai dan sedang melihat daging yang dijual dari atas kenderaan dua rodanya itu, Purba secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah van angkut yang sedang bergerak laju.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Letusan bagai bebola api', kapal terbang King Air meletup lepas terhempas langgar bas di Sao Paolo

BACA LAGI: [VIDEO] Marahkan isteri, lelaki Bekasi humban anak dalam banjir

Pemandu van tersebut dikenali sebagai Nade Arisfan Pasaribu, 20, memandu kenderaan tersebut dan kemudiannya merempuh Purba hingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa sama, mangsa yang dirempuh van itu turut melanggar seorang lagi mangsa dikenali sebagai Stephen Nataniel Simanjuntak. Dia kemudiannya tercampak mengenai seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian dan mengalami kecederaan.

Simanjuntak kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak berkuasa tempatan kemudiannya menahan Pasaribu dengan siasatan mengenai kes tersebut masih lagi dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram