[VIDEO] Suami maut, isteri parah motor dirempuh lori ketika keluar simpang di Batu Pahat


  • Tular
  • Isnin, 10 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal dirempuh lori di Jalan Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor pada Isnin.

SEORANG penunggang motosikal maut, manakala pemboncengnya cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor pada Isnin.

Menerusi video dikongsingan orang awam di aplikasi Telegram, motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa dirempuh sebuah lori ketika keluar dari simpang jalan tersebut.

Motosikal tersebut juga dilihat diseret sebelum tercampak di tengah jalan selepas rempuhan itu.

BACA LAGI: Bayi dalam kandungan gagal diselamatkan, wanita hamil 8 bulan terbabas langgar tembok rumah di Kluang turut maut

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat lihat anak terkapai-kapai dalam sungai di Kota Belud, remaja perempuan dikhuatiri lemas

Difahamkan, kedua-dua mangsa merupakan pasangan suami isteri.

Mangsa wanita pada masa sama cedera parah di kepala akibat hentakan tersebut.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram