
ORANG ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila menggunakan sudu plastik ketika makan atau minum.
Ia bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti yang berlaku pada seorang pengguna Facebook, Muhammad Adieb baru-baru ini.
Menerusi hantaran dikongsikannya, dia tidak menggalakkan orang awam terutama kanak-kanak untuk menggunakan sudu jenis plastik ketika makan di mana-mana premis.
BACA LAGI: Perginya Jumaat yang mulia, Roslan Saleh meninggal dunia dalam tidur pada usia 69 tahun
Bibir pengguna tersebut yang luka ketika menggunakan sudu plastik itu. — Facebook
"Perkongsian untuk musim cuti sekolah, yang mana teringin makan di kawasan pantai beringat untuk guna sudu plastik serupa macam dalam gambar.
"Lagi-lagi nak suap anak kecil, sebab tepi sudu itu tajam sangat. Ni bibir saya luka akibat makan aiskrim guna sudu ini," kongsinya.
Sementara itu, rata-rata warga maya meluahkan kebimbangan mereka kerana kerap juga menggunakan sudu sedemikian.
"Biasanya sudu murah yang banyak macam ini, Kalau yang mahal sedikit tak ada pun," komen Danial Haikal.
"Sudu murah, lain kali bawa sudu kecil sendirilah dari rumah jenis kayu," saran Naliya Nawi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram