![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/10/3159930.jpg)
USAHA mencari seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas di sungai di Kota Belud, Sabah pada Ahad masih diteruskan oleh pasukan penyelamat.
Ketika kejadian, Khairunissa Ann Kambarudin dikatakan bersama keluarga mandi di sungai berkenaan sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras.
Mangsa kemudiannya dilihat seperti bergelut dan cuba menyelamatkan diri sebelum hilang daripada pandangan.
BACA LAGI: Kerjakan ibadah dengan selamat, ada sebab jemaah wajib ambil vaksin sebelum ke Tanah Suci
Susulan itu, pihak jabatan bomba dan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.58 petang tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Pencarian juga segera dilakukan bersama beberapa anggota bomba dengan menggunakan bot penyelamat untuk mencari mangsa.
Manakala, beberapa agensi lain termasuk polis dan penduduk kampung turut membantu mencari di kawasan tebing sungai.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Syazwan Latun berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak 3.5 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
"Mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya dibawa ke hospital menggunakan kenderaan polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan kira-kira 5 petang," katanya.
"Pasukan bomba yang hadir membantu di lokasi kejadian terus menjalankan operasi SAR secara ‘surface searching’ menggunakan bot penyelamat," katanya dalam satu kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram