![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/10/3160788.jpg)
SEORANG penunggang motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa operasi bersepadu yang dijalankan di Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinang pada Ahad.
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, suspek ditahan selepas berbuat demikian akibat tidak berpuas hati apabila menerima saman dikenakan kepadanya.
"Suspek disaman disebabkan insurans dan cukai jalan yang sudah tamat tempoh pada operasi yang diadakan pada 10 pagi itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Perkelahan bertukar tragedi, datuk meninggal dunia lepas selamatkan 2 cucu di Pantai Irama
"Ketika operasi yang sama, seorang pegawai turut dihalang daripada menjalankan tugasnya oleh suspek yang turut menggunakan bahasa kesat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelas Helmi lagi, suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga Rabu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Seksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1995.
Suspek juga didapati positif dadah jenis syabu dan akan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram