![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/09/3158824.jpg)
SEORANG pemandu berputih mata apabila keretanya remuk dihempap sebatang pokok kelapa dipercayai ditebang tiga individu lelaki warga asing di Pekan Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah pada Sabtu.
Insiden terbabit dikatakan berpunca akibat kecuaian pelaku yang mengakibatkan pokok itu terjatuh tepat atas kereta jenis Perodua Axia tersebut.
Mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung, hal itu walau bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan dengan pemandunya tiada dalam kenderaan ketika kejadian.
BACA LAGI: Terbabas rempuh pokok, pemandu maut tersepit dalam kereta di Klang
Pun begitu, situasi itu turut mengundang perhatian masyarakat setempat selepas sebuah rumah juga dikatakan mengalami kerosakan akibat insiden berkenaan.
Dalam pada itu, ketiga-tiga individu warga asing tersebut dikatakan telah melarikan diri sebaik kejadian tersebut berlaku.
Tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pelaku, rata-ratanya berpendapat tugas menebang pokok sewajarnya diberikan kepada individu berpengalaman yang sah.
"Kenapa tak minta pihak majlis yang potong atau cari yang berpengalaman, mahal pun tak apa asalkan selamat," kata Hashim Din.
"Kalau meragut nyawa siapa yang nak bertanggungjawab, sepatutnya ambil orang dari majlis, bukan warga asing semata bayar murah," ujar Jimmy Uzair.
"Punya la banyak yang berkemahiran kat Malaysia ni, nak juga upah warga asing,biar mahal bersebab," tambah Pak Cu.
Belum ada sebarang laporan polis berhubung insiden berkenaan setakat ini dengan ketiga-tiga warga asing tersebut gagal dijejak penduduk kawasan terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram