[VIDEO] Gigih cuba larikan diri, pasangan tiada lesen memandu ditahan di Sendayan didakwa panik berdua-duaan


  • Tular
  • Isnin, 10 Feb 2025

Pasangan ditangkap selepas cuba melarikan diri daripada pihak polis berhampiran Sendayan Merchant Square, Sendayan, Negeri Sembilan pada Ahad.

SEPASANG kekasih ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai tidak mempunyai lesen dan melakukan perbuatan tidak sopandi dalam sebuah kenderaan S2 G2, Garden Avenue, Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.

Ketua Polis Seremban, Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu dikenal pasti sewaktu pihak berkuasa melakukan rondaan.

"Sekitar pukul 7.15 petang, Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Seremban 2 terlihat sebuah kereta warna putih jenis Toyota Hilux berhenti di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

"Sewaktu hendak melakukan pemeriksaan, suspek terus memecutkan kenderaan untuk melarikan diri melalui arah bertentangan Jalan Kayu Ara dan bertindak agresif menghimpit polis," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: PLKN 3.0 beri peluang remaja fahami sistem pilihan raya, kembangkan bakat kepimpinan

BACA LAGI: [VIDEO] Bertarung nyawa 12 jam di bawah runtuhan, 3 pekerja maut bangunan di tapak pembinaan haram tiba-tiba runtuh di Sepanyol

Bagaimanapun, Hatta berkata, kenderaan suspek berjaya ditahan.

Rakaman video kejadian yang kini tular di media sosial menunjukkan pasangan tersebut menundukkan kepala dan memohon maaf kepada pihak berkuasa selepas ditangkap.

Mengulas lanjut, Hatta berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek melarikan diri kerana panik semasa berdua-duaan bersama teman wanita, selain memandu kereta tanpa lesen memandu.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram