Bayi dalam kandungan gagal diselamatkan, wanita hamil 8 bulan terbabas langgar tembok rumah di Kluang turut maut


  • 112
  • Isnin, 10 Feb 2025

Mangsa yang hamil lapan bulan itu terbabas dan melanggar tembok pagar rumah di Kluang, Johor pada Ahad. — Polis Kluang

SEORANG wanita bersama bayi di dalam kandungannya yang berusia lapan bulan maut akibat kemalangan di Lorong Salim Satu, Kampung Melayu, Kluang, Johor pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Siti Aisyah Haron, 32, memandu kereta bersama rakannya dari Kampung Melayu ke Bandar Kluang.

"Setibanya di lokasi kejadian, kereta mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok pagar sebuah rumah.

"Wanita tersebut mengalami kecederaan dalaman di perut dan dada, manakala rakannya cedera ringan di lengan kiri serta dahi kanan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat lihat anak terkapai-kapai dalam sungai di Kota Belud, remaja perempuan dikhuatiri lemas

BACA LAGI: Kerjakan ibadah dengan selamat, ada sebab jemaah wajib ambil vaksin sebelum ke Tanah Suci

477332723_1161558742641995_3673596384627422577_n

Mangsa disahkan meninggal dunia keesokan harinya selepas pemergian bayinya. — Facebook

Beliau berkata, semasa menerima rawatan di hospital, bayi dalam kandungan mangsa yang berusia 35 minggu (lapan bulan) disahkan meninggal dunia.

Tambahnya, ibu bayi berkenaan pula meninggal dunia pada pukul 2.00 petang pada keesokannya, akibat kecederaan dalaman.

Sementara itu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram