![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/09/3158656.jpg)
SATU tragedi maut berlaku membabitkan seorang pemandu lelaki merempuh sebatang pokok dipercayai hilang kawalan di Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada Ahad.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 30-an tersebut mengalami kecederaan parah dan tersepit dalam keretanya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 8.35 pagi.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas NVIDIA, giliran Elon Musk dimalukan robot penari China
Katanya, seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi sebelum tiba sekitar pukul 8.47 pagi.
"Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Satria Neo dipercayai terbabas sebelum melanggar pokok di lokasi terbabit.
"Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an tersepit di bahagian pemandu," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, anggota bomba bertugas kemudiannya menjalankan untuk mengeluarkan mangsa.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram