[VIDEO] Bas habis terbakar lepas bertembung trak, ragut 41 nyawa di Mexico


  • Benua
  • Ahad, 09 Feb 2025

Bas tersebut terbakar selepas bertembung dengan trak. — Agensi

SEBUAH bas mengalami kemalangan teruk hinggakan ia meragut 41 nyawa di selatan Mexico pada pagi Sabtu, waktu tempatan.

Kejadian yang berlaku di negeri Tabasco itu melihatkan sebuah bas membawa 48 penumpang bertembung dengan sebuah trak hingga menyebabkan api marak.

Menurut laporan dari Mexico, bas tersebut dalam perjalanan dari Cancun ke Comalcalco dan berlepas pada 2 petang waktu tempatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemuda dihempap batu ketika mandi air terjun, selepas 4 tahun baru tahu hanya patah tulang selangka

BACA LAGI: Negara Arab tolak cadangan tak masuk akal Trump pindahkan penduduk Palestin, ambil alih Gaza

Api marak itu kemudiannya menyebabkan keseluruhan bas terbakar di tempat kejadian. Hanya rangka bas itu saja yang kelihatan masih utuh.

Dari jumlah 41 orang yang maut itu, 38 daripadanya adalah penumpang sementara dua pemandu bas dan seorang pemandu trak turut terkorban.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan, usaha mengesan kesemua mayat masih lagi dijalankan dengan mereka baru menjumpai 18 mangsa sahaja.

"Setakat ini, hanya 18 rangka mayat sudah disahkan. Tetapi masih ramai yang hilang," kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.

Syarikat bas yang dikenali sebagai Tours Acosta itu dikatakan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk mencari punca dan mengenal pasti sama ada bas yang terbabit mematuhi had laju semasa kemalangan berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram