Silap pilih mangsa, penjenayah cabul atlet wanita tengah malam di RnR Seremban dicekup


  • 112
  • Isnin, 10 Feb 2025

Seorang lelaki ditahan selepas mencabul wanita yang juga atlet di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban arah selatan, Negeri Sembilan pada Ahad. 

SEORANG lelaki ditahan selepas mencabul wanita yang juga atlet di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban arah selatan, Negeri Sembilan pada Ahad.

Dalam kejadian pukul 12 malam itu, suspek lalu di belakang mangsa berusia 20-an sebelum dikatakan menyentuh punggung wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati suspek menyentuh punggung mangsa sebelum beberapa rakan wanita itu ternampak perbuatan terbabit lalu mengejarnya yang cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu lori cuai dipercayai punca nahas dua maut di Kuala Krai — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas

"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 12.15 malam.

"Kami mendapat laporan mengenai tangkapan seorang lelaki warga tempatan di kawasan RnR Seremban kerana disyaki melakukan kesalahan cabul ke atas seorang wanita.

"Suspek yang ditahan berusia lingkungan 20-an dan mempunyai dua rekod membabitkan kesalahan jenayah.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari IPD Nilai tiba di lokasi dan membuat tangkapan terhadap suspek," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau lagi, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban dan dibenarkan reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah hingga 13 Februari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222," katanya. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram