![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/08/3157644.jpg)
KECUAIAN pemandu lori yang memasuki laluan bertentangan dipercayai punca kemalangan yang meragut dua nyawa di Kilometer 107, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Sungai Sam dekat Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pukul 4.50 petang dipercayai berlaku apabila lori Isuzu dari arah Kota Bharu ke Kuala Lumpur bertembung Perodua Axia dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan.
Di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung Axia.
BACA LAGI: [VIDEO] Pelancong AS terjatuh di Gurney Plaza stabil, ada masalah dengan kekasih — Polis
"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang belakang Axia yang masing-masing berusia 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Sementara itu, dua lagi penumpang Axia dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk rawatan. Pemandu lori cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Kecuaian pemandu lori yang memasuki laluan bertentangan dipercayai punca kemalangan yang meragut dua nyawa di Kilometer 107, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Sungai Sam dekat Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat. — Polis pic.twitter.com/U8VwGIO6G8
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) February 8, 2025
Tambah beliau lagi, polis masih menunggu laporan ujian air kencing pemandu lori.
"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Balai Polis Trafik Kuala Krai di talian 09-9666222," katanya.
Terdahulu, tular satu video memaparkan sebuah kemalangan ngeri memaparkan kereta Axia berada dalam keadaan remuk selepas terlibat dalam kemalangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram