![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/06/3155026.png)
KEJADIAN kehilangan pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang selepas masuk ke dalam hutan di Bandung, Indonesia hanya lakonan semata-mata dan disahkan palsu oleh polis Indonesia.
Ketua Polis Sektor Panyileukan, Kompol Kurnia berkata, kandungan dalam tayangan tersebut adalah palsu atau hoaks (tidak benar).
Katanya, kandungan palsu yang dimuat naik Ammar Mohd Nzahan dan Aras Abdullah itu dibuat untuk menarik pengikut atau tontonan di laman TikTok.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Alza langgar mati pelajar cemerlang negatif dadah, dibebas dengan jaminan polis
"Keterangan Ammar dan Aras menjelaskan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi 'pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal'.
"Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.
"Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu.
"Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat," kata Kurnia.
Jelas beliau lagi, setelah tindakan diambil oleh polis, Ammar dan Aras akhirnya mengaku bahawa kandungan tersebut hanya rekaan semata-mata demi populariti.
Pempengaruh tersebut telah meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram