[VIDEO] Pembantu restoran mengaku salah tinggalkan bayi dekat kedai makan di Sanglang


Nor Zainab Jamaludin mengaku bersalah atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang pada 19 Januari lalu.

SEOARANG wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang pada 19 Januari lalu.

Nor Zainab Jamaludin, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Jumaat.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu restoran itu didakwa meninggalkan seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di kedai makan berkenaan di Kampung Rama dekat Sanglang, Perlis pada pukul 6.30 pagi, 19 Januari lepas.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiada kebenaran, polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia hilang buat aktiviti paranormal hanya lakonan

BACA LAGI: [VIDEO] Pelancong AS terjatuh di Gurney Plaza stabil, ada masalah dengan kekasih — Polis

Nor Zainab didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala wanita itu diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Che Ahmad.

Tengku Ruqayyah kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baharu untuk laporan kimia dan forensik. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram