Hampir reput dalam longkang, mayat ditemui penduduk Miri rupanya warga emas, gemar berjalan-jalan di Tudan


  • Tular
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Warga tempatan digemparkan dengan penemuan mayat tanpa identiti yang berada di dalam sebuah longkang di Tudan, Miri, Sarawak pada Sabtu.

WARGA tempatan digemparkan dengan penemuan mayat tanpa identiti dalam sebuah longkang di kawasan pusat komersial di Tudan, Miri, Sarawak pada Sabtu.

Melalui maklumat yang dikongsikan warga maya, mayat itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 6.30 petang Sabtu.

Difahamkan, mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa hari lepas memandangkan keadaan mayatnya yang hampir mereput.

BACA LAGI: [VIDEO] Bertarung nyawa 12 jam di bawah runtuhan, 3 pekerja maut bangunan di tapak pembinaan haram tiba-tiba runtuh di Sepanyol

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas NVIDIA, giliran Elon Musk dimalukan robot penari China

Turut tular beberapa video dan gambar yang memaparkan keadaan mayat mangsa di tempat kejadian.

Rakaman turut menunjukkan kira-kira 20 orang awam yang panik melihat kejadian itu dengan mereka berkerumun di lokasi berkenaan dalam keadaan kebingungan.

Dalam pada itu, identiti mangsa sudah pun diketahui iaitu Tho Chin Chiang, 67. Ia disahkan sendiri oleh abangnya, Toh Chin Huat yang ke tempat kejadian.

Malah, difahamkan mangsa kerap dilihat berjalan-jalan di kawasan pusat komersial berkenaan.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri memberitahu yang mereka mengerahkan sepasukan anggota dari JPBM Lutong ke tempat kejadian selepas menerima laporan pada 5.32 petang, Sabtu lalu.

Usaha mengeluarkan mangsa dilakukan sebaik saja anggota bomba tiba di tempat kejadian dan ia diselesaikan sekitar 5.40 petang.

Mayat mangsa diserahkan kepada wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pengesahan keadaan mangsa sebelum pihak polis mengambil tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram