
SEORANG guru lelaki didenda oleh mahkamah selepas mengaku bersalah mencederakan empat pelajar di Muar, Johor.
Memetik laporan Buletin TV3, guru terbabit, Mohd Shapril Ahmad, 39, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,900 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar pada Jumaat di atas empat pertuduhan.
Dia kemudiannya mengaku bersalah atas kesemua kesalahan tersebut dihadapan Majistret Suzana Mokhtar sebelum hukuman denda itu dijatuhkan terhadapnya. Mohd Shapril juga boleh dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Pembantu restoran mengaku salah tinggalkan bayi dekat kedai makan di Sanglang
BACA LAGI: Saksi menangis cerita detik jumpa jasad Zayn Rayyan seperti tidur mengiring
Dalam pertuduhan pertama hingga ketiga, Mohd Shapril didakwa mencederakan pelajarnya yang berusia 14 tahun dengan sengaja di salah sebuah sekolah menengah di Muar.
Mengikut pertuduhan tersebut, Mohd Shapril didapati menampar muka dan membaling kerusi ke arah mangsa 13 November 2024 semasa 8.30 pagi.
Mohd Shapril didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan penjara selama setahun atau denda RM2,000 bagi sabit kesalahan untuk ketiga-tiga pertuduhan.
Pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan memukul belakang kepala, menarik rambut dan memasukkan gumpalan kertas yang digunting ke dalam mulut terhadap pelajar 14 tahun.
Pengetua sekolah tersebut kemudiannya menghubungi ibu bapa keempat-empat pelajar dan memaklumkan perbuatan tertuduh itu yang berlaku semasa mangsa di dalam kelasnya.
Ibu bapa mangsa kemudiannya melakukan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar akibat bimbang dengan keselamatan anak-anak. Tertuduh kemudiannya ditahan pada 14 November. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram