![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/07/3157028.png)
DUNIA menyaksikan satu lagi kemalangan nahas kapal terbang berlaku, kali ini berlaku di Sao Paolo, Brazil yang mengorbankan dua nyawa setakat ini.
Kejadian yang melibatkan sebuah pesawat kecil itu berlaku pada Khamis, yang mana ia terhempas ke sebuah bas di jalan yang sibuk dekat Marques de Sao Vicente, Sao Paolo.
Pihak bomba tempatan berkata, kapal terbang jenis Beech F90 King Air itu terhempas dengan menghentam bas tersebut sebelum meragut dua nyawa dan mencederakan dua yang lain.
BACA LAGI: [VIDEO] Serangan terburuk dalam sejarah, lebih 10 terkorban tembakan bersenjata di sekolah Sweden
Dua mangsa yang maut dipercayai merupakan penumpang bas berkenaan. Sementara salah seorang yang cedera turut menaiki kenderaan berkenaan.
Seorang lagi yang cedera merupakan penunggang motosikal yang berada berhampiran tempat kejadian apabila mangsa terkena serpihan pesawat tersebut. Kedua-dua mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sementara penumpang-penumpang lain dapat dikeluarkan daripada bas tersebut dan menyelamatkan diri masing-masing.
Kejadian kapal terbang terhempas di Brazil merupakan insiden terkini selepas beberapa kemalangan serupa berlaku di Amerika Syarikat.
Terbaharu, sebuah kapal terbang dilaporkan hilang di Alaska dengan 10 penumpang dan juruterbang masih belum ditemui. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram