E-sukan platform bina hubungan digital dengan anak muda, penglibatan wanita meningkat


  • Bizz
  • Ahad, 09 Feb 2025

Peserta terlibat dalam GR GT Cup Asia 2024.

PASARAN e-sukan menunjukkan perkembangan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini menerusi kemajuan teknologi dan kebolehcapaiannya yang semakin tinggi terhadap pengguna.

Menurut Fortune, segmen global industri tersebut bernilai lebih AS$1.7bil (RM7.5 bilion) pada tahun lepas dan dijangka berkembang kepada lebih AS$9bil (RM40 bilion) menjelang 2032.

Tinjauan daripada GlobalData, iaitu syarikat data dan analitik terkemuka mendedahkan bahawa dari segi khalayak global, e-sukan berpotensi menjangkau lebih 318 juta peminat di seluruh dunia.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Kadar pertumbuhan peminat di rantau Asia Pasifik khususnya terbukti menjadi prospek menarik.

Tidak seperti sukan tradisional, e-sukan menyediakan laluan mudah untuk membangunkan hubungan digital yang lebih kukuh dengan khalayak lebih muda.

Statistik menunjukkan enam daripada 10 pengguna internet yang menonton e-sukan berusia antara 16 dan 35 tahun.

Purata umur peminat ialah 26 tahun dan walaupun menunjukkan kecenderungan terhadap lelaki, segmen tersebut menunjukkan bahawa terdapat peningkatan terhadap pemain wanita.

Selain itu, data turut mendedahkan di Asia Tenggara sahaja, e-sports mempunyai 40 juta peminat.

27961493

Statistik menunjukkan enam daripada 10 pengguna internet yang menonton e-sukan berusia antara 16 dan 35 tahun. — Gambar hiasan

Dengan potensi tersebut, banyak jenama kini menggunakan industri itu sebagai platform untuk membina kesedaran dan berhubung dengan pangkalan peminat yang berkembang pesat.

Jenama seperti Toyota telah memanfaatkan segmen tersebut dalam beberapa cara inovatif.

Pada Oktober lalu di Kuala Lumpur, gergasi automotif Jepun itu menjadi tuan rumah kepada 15 pelumba sukan e-motor terbaik rantau ini di Gazoo Racing GR GT Cup Asia 2024.

Menurut Naib Presiden Toyota Gazoo Racing Asia, Preston Tan, jenama itu teruja untuk terus menembusi sempadan sukan e-motor di rantau ini dan berkongsi keseronokan sukan pemotoran dengan komuniti lebih luas.

GR GT Cup Asia merupakan perlumbaan dalam talian menghimpunkan pemain terbaik dari setiap negara yang mengambil bahagian di Asia untuk mempertaruhkan kemahiran mereka.

“Platform seperti Piala GR GT memberi peluang kepada pelumba berbakat untuk mempamerkan kemahiran mereka sambil turut memacu misi inovasi dan penambahbaikan berterusan kami,” kata Preston.

Selain itu, Mountain Dew juga memanfaatkan pangkalan peminat e-sukan yang semakin meningkat menerusi kerjasama dengan arena pertandingan dalam talian berbilang pemain mudah alih (MOBA) Honor of Kings untuk acara Dew Challenge akan datang.

Kerjasama jenama minuman itu dengan permainan MOBA, iaitu pertandingan paling kerap dimainkan di dunia adalah satu lagi demonstrasi penglibatan strategik Mountain Dew bersama e-sukan.

“Memanfaatkan komuniti permainan yang berkembang pesat sejajar dengan imej jenama tenaga, keseronokan dan perjalanan kami,” jelas Naib Presiden Pemasaran syarikat minuman Etika Sdn. Bhd., yang juga pengedar Mountain Dew, Amy Gan.

Pada 2023, Mountain Dew bekerjasama dengan permainan popular PUBGM untuk Dew Challenge dan cukup berpuas hati impak pendedahan yang dicapai.

Spectators react during the Esports 2024 King Pro League (KPL) final event between Chengdu City’s AG Super and Chongqing City’s Wolves at the Worker Stadium in Beijing on November 16, 2024. (Photo by ADEK BERRY / AFP)

Tinjauan GlobalData menunjukkan dari segi khalayak global, e-sukan berpotensi menjangkau lebih 318 juta peminat di seluruh dunia. — Gambar hiasan

"Kerjasama itu membolehkan kami berhubung dengan khalayak permainan luas melalui gabungan acara dalam talian dan di lapangan yang menarik, membina komuniti kuat di sekitar Cabaran Dew," kata Amy.

“Sambil melihat masa depan, kami terus menilai perkongsian kami untuk memastikan ia sejajar dengan nilai jenama kami dan minat pengguna kami yang semakin berkembang.

Seperti Mountain Dew, jenama susu Goodday turut mula memperlihatkan kehadiran dalam arena komuniti e-sukan.

Jenama itu membuka gim e-sukan inklusif pertama di Malaysia, Goodday Charge Arena pada pertengahan Oktober lalu.

Kemudahan baharu tersebut bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan penerimaan yang lebih baik untuk sukan e-sukan sebagai satu aktiviti diiktiraf.

Terletak di tingkat enam di dalam Quill City Mall, Kuala Lumpur, hab seluas 2,500 kaki persegi itu menawarkan pelbagai 'set-up' permainan direka untuk memenuhi keperluan pemain.

Ia menampilkan kemudahan seperti persediaan PC terkini, permainan konsol, simulator perlumbaan dan ruang istirahat permainan mudah alih.

Hab tersebut akan menganjurkan peraduan dan cabaran sepanjang tahun yang menawarkan peluang pemain untuk bersaing dan memenangi hadiah. — The Star/RICHARD AUGUSTIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram