
CABPAY merupakan sebuah platform menyediakan pelbagai penyelesaian kewangan.
Tidak hanya memberikan pembiayaan, syarikat tersebut memiliki mempunyai perkhidmatan meliputi pelbagai keperluan dalam sektor kewangan menerusi teknologi dibangunkan sama ada bagi individu atau perniagaan.
“CapBay kini beroperasi di Malaysia, China, Singapura dan Thailand.
“Sebagai contoh, apabila syarikat berkembang ke negara lain, ia dianggap asing kepada bank di sana, yang menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan pembiayaan.
"CapBay mampu menyediakan pembiayaan kerana kami sudah beroperasi di negara terbabit," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBay, Ang Xing Xian kepada StarBizWeek.
BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan
Menurut Xing Xian, CapBay telah bekerjasama lebih daripada 10 syarikat untuk membantu meneroka ke luar negara dan kini sedang berbincang dengan lebih banyak bank asing.
"Walaupun proses itu sedang dilaksanakan, kami mempunyai kepakaran dalam rantaian bekalan kewangan yang mana kami memiliki penyelesaian fintech (teknologi kewangan) dibina sendiri secara dalaman untuk menguruskan elemen seperti transaksi pembiayaan rantaian bekalan," katanya.
Penyelesaian itu bukan sahaja digunakan oleh CapBay, tetapi juga oleh beberapa bank.
Xing Xian berkata, inovasi itu adalah cetusan idea bakat teknologi tempatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur kerana pasukan menunjukkan perkembangan konsisten.
Mengenal pasti jurang semasa dalam dunia pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Xing Xian dan pengasas bersama lain Darrel Ang, Dion Tan dan Edwin Tan memulakan pembinaan platform teknologi kewangan mereka pada 2017 yang kini menjadi salah satu daripada kewangan rantaian bekalan berbilang bank terkemuka dan platform peer to peer (P2P).
Selain membantu dari segi kewangan untuk PKS, CapBay juga membantu syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan ke luar negara.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBay, Ang Xing Xian.
“Kami bukan sahaja membantu syarikat pergi ke luar negara, bahkan mengeksport teknologi itu dan bank sangat terbuka kepadanya,” katanya.
Bahagian terbesar perniagaan CapBay ialah pembiayaan rantaian bekalannya, yang mana ia memadankan PKS yang memerlukan dana kepada pelabur yang ingin melabur dalam perniagaan.
“Biasanya PKS mungkin memilih untuk mengambil overdraf atau pinjaman berjangka, tetapi pembiayaan rantaian bekalan semakin dikenali terutamanya bagi syarikat baharu yang mungkin menjual kepada perniagaan, namun perlu menunggu pembayaran.
"Di sinilah CapBay boleh menyediakan dana terlebih dahulu," katanya.
Xing Xian mendapat pendedahan pertama kepada pembiayaan rantaian bekalan apabila menerusi pengalaman dihadapi bapanya, seorang nelayan yang tidak dapat menjual terus ke pasar raya.
“Ayah saya akan menjual ikan hasil tangkapan kepada orang tengah, yang kemudiannya menaikkan harga dan menjualnya ke pasar raya.
“Tetapi pihak pasar raya akan mengambil masa untuk membayar, kadang-kadang hingga enam bulan.
“Sekiranya ayah menjual terus kepadanya, dia pasti memerlukan wang tunai sementara menunggu bayaran, sebab itu dia melalui orang tengah.
"Secara berkesan, saya menyedari orang tengah sedang giat melakukan pembiayaan rantaian bekalan," katanya.
Xing Xian berkata, sekiranya perniagaan kewangan terbabit dinilai menggunakan kaca mata pelaburan biasa seperti bon atau saham, keadaan pulangan dengan CapBay secara relatifnya baik iaitu pada 8.3 peratus.
“Pelabur kami dipelbagaikan dan telah menikmati rekod prestasi.
“Bukan sahaja kadar pulangan lebih tinggi, kami juga mempunyai kadar default terendah dalam pasaran pada 0.2 peratus,” katanya.
CapBay turut menggunakan AI bagi membantu pembuatan keputusan terhadap penerima pembiayaan yang berpotensi.
Dalam pada itu, Xing Xian berkata, syarikatnya melaksanakan amalan berhemat khususnya berkaitan dengan risiko terutamanya mengenai individu yang akan menyediakan pembiayaan.
Salah satu perbezaan utama memberi CapBay peningkatan adalah cara ia memberi perkhidmatan kepada mereka yang tidak boleh mendapat akses terhadap bank.
Xing Xian berkata, bank tradisional mempunyai cara untuk menilai PKS, tetapi CapBay mempunyai pemarkahan dan metodologi kredit berbeza.
“Sebuah bank tradisional atau biro biasa akan mengatakan PKS tertentu tidak boleh dibiayai dan kadar default mungkin setinggi 50 peratus.
"Tetapi berdasarkan sistem kami, kadar 'default' adalah serendah 0.3 peratus,” katanya.
Xing Xian menjelaskan bahawa bank mungkin melihat aliran tunai atau aset antara faktor menentukan sama ada pinjaman boleh digunakan tetapi menurutnya cara itu tidak lagi relevan.
“Kaedahnya boleh dikatakan ketinggalan zaman. Hari ini, syarikat yang lebih muda sangat dinamik. Mereka juga mungkin tidak mempunyai akses kepada perakaunan yang betul, dan secara semula jadi, mereka kecil, jadi mereka tidak mempunyai rekod prestasi.
"Ini menjadikan mereka sebagai pelanggan 'buruk' secara semula jadi, atau kurang mendapat layanan dalam hal pembiayaan," katanya.
Sebaliknya, CapBay melihat maklumat lain berkaitan seperti penyata bank dan kemungkinan terdapat aktiviti perniagaan lebih baik atau ketirisan antara syarikat dan pengarah.
CapBay kini sudah menyediakan lebih daripada RM3 bilion dalam pembiayaan kepada kira-kira 1,700 kumpulan PKS.
"Kami mempunyai kecerdasan buatan (AI) yang menjalankan semua transaksi untuk memberi kami lebih banyak pandangan dan disebabkan itu, kami menghasilkan keputusan yang agak berbeza berbanding dengan bank," katanya.
CapBay menyediakan lebih daripada RM3 bilion dalam pembiayaan kepada kira-kira 1,700 PKS, dan ia mempunyai rancangan untuk mengembangkan lagi sasarannya.
Melangkah ke hadapan, Xing Xian berkata, CapBay merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk Asia Tenggara.
Ujarnya, langkah itu dilaksanakan dengan pembukaan pejabat di negara seperti Vietnam, Indonesia, dan Filipina.
“Kami sedang meninjau untuk menjadikan Malaysia hab Asia Tenggara. Jadi, apabila syarikat tempatan mengembangkan perniagaan, CapBay berada di sana untuk menyokong mereka,” katanya.
CapBay juga akan terus memacu pendigitalan dan membantu transaksi perdagangan dan perniagaan dengan melancarkan perkhidmatan penyelesaian untuk perniagaan yang mahu melaksanakan proses digitalisasi.
“Banyak PKS tidak dapat berkembang kerana tidak didayakan secara digital, kami telah banyak melihat ini dalam perniagaan yang mana masih terdapat banyak peluang untuk menjadi digital sama ada melalui e-dompet atau lain-lain," jelasnya.
Xing Xian menambah, Malaysia akan sentiasa menjadi negara pertama CapBay melancarkan sebarang usaha perniagaan, kerana terdapat banyak potensi dan bakat boleh dikembangkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram