
DALAM era digital semakin berkembang, trend pembelian dalam talian terus menunjukkan peningkatan ketara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Perubahan gaya hidup pengguna, kemajuan teknologi dan faktor luar seperti pandemik Covid-19 menjadi pemacu utama pertumbuhan pesat dalam e-dagang.
Situasi tersebut sedikit sebanyak membuka peluang kepada lebih ramai individu untuk menceburi bidang keusahawanan.
BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan
Hanya dengan memiliki akaun di platform digital, mereka sudah boleh menjual produk dan perkhidmatan kepada sasaran pengguna.
Bagaimanapun, perkembangan terbabit secara tidak langsung meningkatkan persaingan, seterusnya memberikan masalah kepada perniagaan yang tidak memiliki tawaran unik.
Sementara itu, menjual perabot secara online mungkin bukan sesuatu yang baharu di Malaysia.
Namun, Benny Lim Kien Yeap mempunyai cara tersendiri menawarkan beberapa produk unik, sekali gus meningkatkan potensi perniagaannya.
Antara koleksi meja ditawarkan di platform Cuura.
Kien Yeap yang juga bekas broker saham berkata, idea untuk Cuura.space (Cuura) adalah sesuatu yang beliau dan dua rakan kongsinya temui sebelum negara dilanda pandemik.
“Kami tidak pergi mencari untuk masuk ke dunia perniagaan, sebaliknya bisnes itu yang 'menemui' kami,” katanya yang kini merupakan usahawan dalam talian.
Berkongsi lanjut, Kieny Yeap berkata, sebelum pandemik, beliau dan dua rakannya berpindah ke kediaman baharu masing-masing.
Bagaimanapun, ketika itu, beliau tidak menemui perabot yang sesuai.
Mereka berdepan isu sama ada perabot yang mereka suka terlalu mahal atau item ingin dimiliki berada dalam julat harga tidak memenuhi jangkaan dari segi rupa dan tekstur.
“Jadi dari situ tercetusnya idea. Peralihan kepada pengalaman runcit dalam talian semasa pandemik, ditambah pula peningkatan model jualan langsung kepada pelanggan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, meyakinkan kami bahawa pasaran bersedia untuk membeli perabot dalam talian,” ujarnya.
Dalam pada itu, Kien Yeap turut bernasib baik kerana berpengalaman mengendalikan perniagaan dalam talian sebelum ini.
Ia berikutan empat tahun lalu, Lim dan dua rakan kongsi membina perniagaan e-dagang menjual produk kecantikan ke pasaran AS.
Mereka memperoleh produk dari China dan menggunakan pemasaran media sosial untuk mendapatkan pelanggan.
Alas meja Tahira daripada Cuura.
“Jadi kami mempunyai sedikit pengalaman dalam pemasaran, berurusan dengan pengilang dan mengendalikan logistik rentas sempadan. Kami kini melihat peluang yang lebih besar dalam industri perabot,” katanya.
Walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam industri perabot, ketiga-tiga rakan kongsi itu tetap meneruskan perusahaan berkenaan dengan mempelajarinya sambil menjalankan operasi.
Trio itu memulakan perniagaan terbabit pada modal RM3 juta dana sendiri.
“Dua tempahan pertama kami peroleh daripada iklan dalam talian dan mereka terus dibawa ke transaksi pembayaran di laman web kami.
"Itu merupakan pembuktian konsep kami perlukan,” kata Kien Yeap.
Jadi apa sebenarnya yang Cuura lakukan dan bagaimana ia membezakan berbanding perniagaan lain yang menjual perabot secara dalam talian?
Menurut Kien Yeap, “Kami suka berfikir bahawa kami berada peringkat paling maju perniagaan perabot.
"Kami mampu menyediakan pelbagai reka bentuk perabot pada harga menarik dengan visualisasi tiga dimensi (3D) yang baik."
Kien Yeap mengatakan bahawa Cuura menggunakan algoritma kompleks dalam teknologi visualisasinya untuk mempersembahkan pilihan perabot kepada pelanggan di laman web.
Pasu Ixiry dan bunga ditawarkan di Cuura.
“Algoritma serupa digunakan dalam ulasan peer to peer di Amazon dan laman web e-dagang lain yang berjaya.
“Kami menggunakan teknologi yang mempunyai ciri kecerdasan buatan (AI) untuk mengumpul produk popular dan mempersembahkan pilihan.
"Dengan gabungan visualisasi 3D dan AI, pelanggan dapat melihat pelbagai pilihan perabot dalam suasana rumah,” jelasnya.
“Daripada melabur dalam aset kedai fizikal, kami melabur banyak dalam infrastruktur teknologi untuk meningkatkan pengalaman pembelian runcit.
“Berdasarkan trajektori jenama teratas jualan langsung kepada pengguna di AS, kami mahu menerima pakai konsep yang sama dan menjadi penggerak pertama di Asia Tenggara,” tambahnya.
Sebahagian besar perabot Cuura adalah bersumber dari China.
Untuk memastikan kualiti produk ditampilkan berada standard yang tinggi, Kien Yeap berkata, pasukannya membangunkan rangkaian pengeluar di China dan turut terlibat secara aktif dalam proses pembuatan.
“Setiap pengeluar perabot yang kami peroleh perlu melepasi kriteria tertentu.
“Disebabkan sifat perniagaan kami berada dalam talian sepenuhnya, terdapat kebimbangan mengenai sentuhan dan rasa perabot kami.
“Bagaimanapun, kami memastikan barangan kami melalui proses kawalan kualiti yang ketat dua kali sebelum ia sampai kepada pelanggan,” kata Lim.
Tambahan pula, Cuura mempunyai polisi waranti yang meluas termasuk pembayaran balik 30 hari tanpa soalan dan bayaran balik penuh untuk semua perabot dijual.
Selain itu, rangka sofa dan katil disertakan dengan jaminan selama tiga tahun.
Kini Cuura beralih ke fasa seterusnya dengan menyasarkan pasaran sewa bertujuan membantu pemilik hartanah menghias unit mereka dengan pilihan perabot.
Tawaran itu dikenali sebagai Cuura Rent.
Alas meja Lamya dari Cuura.space.
Matlamatnya adalah menyediakan penyelesaian pantas kepada pemilik untuk melengkapkan unit kosong pada harga berpatutan dan menyenaraikannya untuk disewa.
“Pakej kelengkapan rumah penuh termasuk semua perabot penting dengan rupa dan cita rasa berjenama pada harga mesra bajet.
"Harga bermula dari RM18,500 untuk pangsapuri dua bilik,” katanya.
Menurut Kien Yeap, Cuura Rent disifatkan sebagai perkhidmatan untuk mencabar amalan tradisional firma reka bentuk dalaman (ID) dan kontraktor yang mengendalikan perabot siap guna kepada pemilik hartanah dalam pasaran sewa.
Ideanya adalah untuk Cuura mengendalikan kerja itu.
Jelas beliau, pemilik hartanah tidak perlu menghabiskan masa berminggu-minggu menjelajah kedai fizikal untuk mendapatkan barangan mereka atau berurusan dengan perunding ID.
“Cuura menjanjikan untuk menyediakan unit kosong yang serba lengkap dan sedia untuk disewa dalam masa 14 hari.
"Cadangan yang peribadi akan dikembalikan kepada pelanggan dalam masa 24 jam.
“Cadangan reka bentuk fleksibel kami akan sentiasa mempunyai sesuatu untuk semua orang, bergantung pada bajet. Kami juga telus dengan harga kami. Harga perabot Cuura Rent sama dengan bahagian runcit kami,” ujarnya.
Pada masa sama, Kien Yeap berkata, Cuura Rent turut menyedari keperluan untuk perkhidmatan melebihi kelengkapan perabot termasuk bagi kerja mengecat dan perpaipan.
“Walaupun perniagaan teras adalah dalam perabot, kami menyediakan pengecatan dinding, langsir, kerja gril dan pemasangan lampu.
"Kami akan menyumber luar tugas ini ke senarai penyedia perkhidmatan kami.
“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan pelabur hartanah yang boleh dipasarkan, jadi apa yang mereka perlu lakukan ialah duduk, berehat dan biarkan kami mengendalikan A hingga Z menyenaraikan unit sewaan mereka di pasaran,” kata Kien Yeap. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram