[VIDEO] Penduduk bimbang kawasan terbiar disyaki jadi sarang jual beli dadah hanya 10 minit dari IPD Sungai Petani


  • Tular
  • Jumaat, 07 Feb 2025

Aktiviti penjualan dadah pandu lalu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah.

TULAR di media sosial apabila sebuah rakaman memaparkan terdapat sebuah sarang dadah sedang beroperasi secara terbuka dipercayai di Sungai Petani, Kedah.

Rakaman yang pada mulanya tular di TikTok kemudiannya menular ke aplikasi lain seperti X (Twitter) dengan memaparkan sebuah kawasan terbiar dijadikan sebagai sarang untuk aktiviti tidak bermoral itu.

Dalam rakaman yang tular di media sosial tersebut, dilihat beberapa individu berdiri di depan pintu masuk kawasan berkenaan dan kemudiannya melakukan urus niaga seolah-olah menjual barang terlarang dipercayai dadah.

BACA LAGI: Sudu plastik murah tak selamat, lelaki kongsi kejadian bibir berdarah ketika makan aiskrim tepi pantai

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Syukur ALLAH masih sayang’, rider ralit tengok pesanan di telefon nyaris dirempuh kereta dekat simpang Bukit Setongkol

Ia kemudiannya disambut oleh mereka yang menaiki pelbagai kenderaan seperti motosikal dan juga van, menjadikan ia seperti pembelian secara pandu lalu atau drive-thru.

Aktiviti itu bagaimana pun cuba untuk digempur oleh penduduk setempat dengan mereka berjaya menahan seorang pemuda yang menaiki motosikal, dipercayai baru lepas mendapatkan dadah dari tempat tersebut.

"You beli dadah ka? Kalau tak, kita cek you punya air kencing di sini," soal salah seorang penduduk kepada pemuda itu.

Kerisauan penduduk terhadap tempat itu dapat dilihat kerana proses transaksi itu berlaku secara terang-terangan pada waktu siang.

Bahkan lebih membimbangkan, ia seolah-olah dipandang sepi pihak berkuasa apabila kawasan berkenaan hanya terletak kira-kira 3.2 kilometer atau hanya 10 minit daripada Ibu Pejabat Daerah Sungai Petani.

"Sangat lucu, sarang dadah terbesar Sungai Petani hanya jarak beberapa kilometer dari IPD SP," dakwanya.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram