
PEMPENGARUH kontroversi, Ammar Nazhan meminta maaf selepas tindakannya mencipta cerita palsu atau 'hoax' demi sekadar 'content' baru-baru ini.
Baru-baru ini, Ammar mengetuai detik kontroversi apabila rakan pempengaruh dikenali sebagai Eyka, dilaporkan hilang di ketika membuat kandungan paranormal di sebuah hutan dekat Bandung, Indonesia.
Eyka sebelum itu dilaporkan hilang selama tiga hari. Namun begitu, pihak polis Indonesia mengesahkan yang Ammar dan rakan-rakannya didapati membuat kandungan palsu demi mendapatkan tontonan dan pengikut yang tinggi.
BACA LAGI: [VIDEO] Ada dakwa selisih faham punca Eyka hilang, pempengaruh Malaysia ditemukan selamat
Disebabkan sudah 'kantoi' melakukan kandungan palsu di tempat orang, Ammar diminta untuk memohon maaf atas tindakannya itu yang secara tidak langsung memalukan Malaysia.
"Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kami berjanji tidak mengulangi lagi," kata Ammar dan rakannya, Arasz Abdullah.
Dalam pada itu, penerbit terkenal, Michael Ang mengecam tindakan Ammar dan rakan-rakannya yang dianggap sebagai bodoh dan memalukan.
Michael turut meminta agar Kementerian Komunikasi bertindak lebih keras terhadap mereka yang mencipta kandungan dan berita palsu.
"Mereka ini memalukan Malaysia. Nak buat kandungan pun takkan sampai nak buat kandungan palsu. Dah buat salah sekadar minta maaf? Minta maaf kepada pegawai polis Indonesia, sila sumbat mereka di dalam penjara ya. Bagi ajar sikit!
"Dan kerajaan Malaysia sila tahan mereka bila balik, dah buat malu satu Malaysia. Agak-agaklah nak tambah duit dengan pengikut.
"Tiba masa untuk Kementerian Komunikasi ambil tindakan terhadap orang-orang bila buat berita palsu dan tipu," kata Michael. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram