Pemenang emas Olimpik garapan Herry IP, air tangan legenda Indonesia ditagih lahirkan jagoan dunia


  • Podium
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Markis Kido-Hendra Setiawan adalah produk terbaik garapan Herry Iman.

KEHADIRAN Herry Iman sebagai jurulatih baharu skuad beregu lelaki negara membuka satu lembaran kepada arena badminton negara.

Namanya cukup dikenali di seluruh dunia, namun selama tiga dekad, Herry cuma berbakti kepada negara iaitu Indonesia dengan Malaysia adalah tugasan pertamanya di luar.

Sepanjang tiga dekad, dia sudah menghasilkan pelbagai pasangan beregu yang mantap dan menawan puncak dunia. Mungkin selepas ini, akan ada hasil daripada air tangannya buat skuad Malaysia pula.

BACA LAGI: Herry IP mahu 'blend in' dulu, belum rancang mahu pisahkan beregu lelaki negara

BACA LAGI: Herry IP mahu 'blend in' dulu, belum rancang mahu pisahkan beregu lelaki negara

Kevin Sanjaya-Marcus Gideon

Merupakan antara gandingan beregu hebat dihasilkan oleh Herry. Pasangan Kevin Sanjaya-Marcus Gideon mencatatkan beberapa kejayaan manis buat badminton Indonesia.

Pernah menduduki ranking pertama dunia yang merupakan pencapaian terbaik pada Mac 2017, Sanjaya-Gideon meraih 426 kemenangan dalam lebih 500 perlawanan diharungi.

05-17-2024-badminton-news-Kevin-Sanjaya-Sukamuljo-Marcus-Fernaldi-Gideon

The Minions adalah generasi baharu produk keluaran Herry.

Antara pencapaian terbaik diraih memenangi pingat emas di Sukan SEA 2015, Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 dan 2020 serta Sukan Asia 2018 dan Piala Thomas 2020.

Gandingan ini dikenali sebagai The Minions oleh pengikut badminton negara kerana ketinggian mereka yang rendah daripada purata pemain dunia. Sanjaya dan Gideon kedua-dua sudah bersara daripada sukan badminton.

Markis Kido-Hendra Setiawan

Berkemungkinan antara gandingan beregu lelaki terhandal dalam sejarah badminton Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan boleh dikatakan sebagai produk terbaik dihasilkan oleh Herry.

Sama seperti Sanjaya-Gideon, gandingan Kido-Setiawan pernah menawan tangga pertama dunia pada September 2007 sambil meraih pelbagai kejuaraan utama.

616431_301729_800_auto_jpg

Gandingan Kido-Setiawan begitu digeruni lawan satu masa dahulu.

Gandingan ini meraih tujuh gelaran emas Sukan SEA, dua Kejuaraan Asia, satu emas Sukan Asia serta status johan di Kejuaraan Dunia.

Rekod terbaik diraih gelaran ini adalah membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik 2008 apabila mereka menumpaskan jaguh China, Cai Yun-Fu Hai Feng dalam penentuan tiga set.

Kido sudah pun meninggal dunia akibat sakit jantung pada usia 36 tahun manakala Setiawan baru saja menamatkan karier dengan Muhammad Ahsan adalah gandingan terakhirnya.

Candra Wijaya-Tony Gunawan

Sebelum wujudnya The Minions atau pasangan Kido-Setiawan, Indonesia pernah berbangga dengan pasangan Candra Wijaya-Tony Gunawan.

Gandingan itu seperti Kido-Setiawan, juga berjaya meletakkan nama Indonesia di persada badminton dunia dengan mereka meraih pingat emas di Kejohanan Asia, Sukan Asia, serta dua kali membawa pulang gelaran Piala Thomas pada 1998 dan 2000.

tony_gunawancandra_wijaya_olimpiade_sydney_2000

Wijaya-Gunawan antara beregu lelaki kebanggaan Indonesia.

Pasangan itu juga pernah bergelar juara dunia sekali serta menghasilkan emas buat Indonesia di Sukan Olimpik 2000.

Karier salah seorang pemainnya iaitu Gunawan melalui jalan yang berlainan apabila dia kemudiannya mewakili Amerika Syarikat. Bersama negara itu, dia berjaya meraih gelaran dunia pada 2005 bersama rakan gandingan, Howard Bach. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram