![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/07/3156277.jpg)
MEMBERI pendedahan tentang kecerdasan buatan (AI) pada peringkat awal pendidikan adalah penting dalam membangunkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Susulan itu, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Johor, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, seramai 10,000 murid sekolah rendah di kawasan itu kini mempunyai akses kepada sistem e-buku AI yang direka khusus untuk menyokong sesi pembelajaran mereka.
Beliau berkata, inisiatif itu merupakan pelancaran pertama e-buku AI di sekolah rendah di Malaysa meliputi sekolah vernakular iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
BACA LAGI: [VIDEO] Marahkan isteri, lelaki Bekasi humban anak dalam banjir
Menurutnya, sebanyak 52 sekolah dan 10,000 murid dari Tahun Satu hingga Enam akan menerima ID pengguna secara individu untuk membolehkan mereka mengakses perpustakaan dalam talian yang mengandungi 1,500 e-buku AI.
"Kami memperoleh peruntukan sebanyak RM500,000 untuk menampung kos program ini.
"Apa yang menggembirakan ibu bapa dan guru adalah mereka boleh mengakses e-buku untuk memantau bilangan anak atau pelajar untuk kerap membaca.
"Ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan anak-anak mereka membaca atau mendengar e-buku ini terutama semasa cuti sekolah," katanya.
Wee berkata, Tanjung Piai adalah antara kawasan daripada pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), jadi jika kita ingin menyediakan pekerja mahir, khususnya dalam industri berkaitan AI, kita mesti mendedahkan kanak-kanak kepada teknologi ini bermula sekarang.
"Dahulu, ibu bapa terpaksa membeli buku untuk menggalakkan anak membaca.
"Tetapi, dengan dengan e-book AI, ibu bapa boleh mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran dan menyokong pendidikan anak-anak mereka," jelasnya.
Beliau pada masa sama merancang mahu menandatangani perjanjian dengan universiti tempatan untuk menawarkan pensijilan kemahiran berasaskan AI kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 di Tanjung Piai.
"Kami menyasarkan untuk memperkenalkan inisiatif itu pada bulan ini.
"Setiap e-buku mempunyai panduan AI yang boleh membaca buku dengan kuat, memudahkan cerita untuk pemahaman murid serta menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
"Murid juga boleh berinteraksi dengan AI untuk memilih buku yang mereka ingin baca," tambahnya.
Beliau berkata, pihaknya juga kini bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta untuk menyediakan perkhidmatan e-buku selama tiga tahun sehingga 2027. — The Star/REMAR NORDIN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram