[VIDEO] Dah lambai tangan beri amaran, 200 kenderaan tak nampak jalan kena 'telan' kabus tebal


  • Benua
  • Isnin, 03 Feb 2025

Kejadian di Jambatan Sungai Kuning Zhengxin, Zhengzhou menyebabkan kira-kira 200 kenderaan bertembung sesama sendiri.

AKIBAT kabus tebal yang melanda sebuah kawasan di China, beratus-ratus kenderaan bertembung sesama sendiri hingga menyebabkan kemalangan dan kesesakan teruk.

Laporan di China menyebut, kejadian yang berlaku pada Rabu melibatkan pelbagai kenderaan termasuk kereta, lori dan van di sebuah jambatan dengan rakaman menunjukkan kenderaan terbabit 'bercium' sesama sendiri.

Ia disebabkan kabus tebal yang membuatkan mereka tidak sempat untuk menarik brek.

Kejadian yang berlaku di bandar Zhengzhou, wilayah Henan meragut nyawa satu individu dengan anggaran 200 kenderaan terlibat dalam pelanggaran itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita terselamat kali ke-2, pembunuh upahan menyamar pekerja binaan jadi buruan di Kanada

BACA LAGI: [VIDEO] Pesawat ringan terhempas tengah bandar, 6 penumpang termasuk kanak-kanak parah di Philadelphia

"Pada pagi Rabu, terdapat kabus yang tiba-tiba muncul di Jambatan Sungai Kuning Zhengxin terletak di Zhengzhou yang menyebabkan kemalangan jalan raya melibatkan pelanggaran pelbagai kenderaan," jelas pihak berkuasa Zhengzhou.

Jambatan yang menghubungkan bandar Xinxiang itu tidak dapat diakses orang ramai sehingga tengah hari sebelum trafik kembali lancar.

Usaha untuk membantu mereka yang terlibat dalam kemalangan dijalankan oleh pihak berkuasa sebaik saja kejadian itu berlaku.

Pihak bomba dan penyelamat tempatan menghantar 11 trak sambil seramai 66 pegawai dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurut jabatan meteorologi, tahap kualiti udara di Zhengzhou adalah rendah dengan penglihatan hanya boleh mencapai kurang daripada 500 meter. Malah, di sesetengah tempat, penglihatan hanya boleh menjangkau 200 meter. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram