Misi Uzma teroka perniagaan angkasa lepas, pelancaran satelit hanya permulaan


  • Bizz
  • Jumaat, 31 Jan 2025

Kamarul ketika Majlis Pelancaran UZMA SAT-1 baru-baru ini.

EKONOMI angkasa lepas global bakal menjadi industri bernilai trilion dolar dalam tempoh dekad akan datang.

Walaupun prospek tersebut adalah sesuatu yang sangat menarik, perlu diingatkan bahawa ia merupakan perniagaan yang sangat berisiko, mahal dan kompleks.

Pendek kata, ekonomi angkasa bukan untuk semua orang.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Jadi, apabila sebuah syarikat Malaysia dengan nilai modal pasaran RM331 juta sementara jumlah pinjamannya jauh melebihi paras tunainya mengumumkan rancangan untuk melancarkan satelitnya sendiri, adalah wajar untuk menjadi orang ramai mengambil pendirian yang lebih skeptikal.

Sementara itu, sentimen kurang baik itu turut didorong dengan melihat kepada hakikat latar belakang Uzma Bhd yang sebahagian besar sejarah perniagaannya merupakan penyedia perkhidmatan dalam industri minyak dan gas (O&G).

Uzma group chief executive officer Datuk Kamarul Redzuan Muhamed.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Uzma, Datuk Kamarul Redzuan Muhamed.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Uzma, Datuk Kamarul Redzuan Muhamed, bagaimanapun, mempunyai kepercayaan yang besar dalam langkah syarikatnya bagi mempelbagaikan perniagaannya meliputi angkasa lepas.

Malah, pasukannya sudah pun mengusahakan idea untuk satelit masa depan, menjelang pelancaran UzmaSAT-1.

Walaupun Kamarul jelas tidak terlalu menggembar-gemburkan usaha itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa perniagaan angkasa lepas berpotensi untuk "melengkapkan" perkhidmatan O&G Uzma.

Dari semasa ke semasa, ia dijangka berkembang menjadi penyumbang penting kepada portfolio syarikat sekiranya usaha niaga itu berkembang dengan baik.

Walau bagaimanapun, di sebalik optimisme yang ditonjolkan, persoalannya adalah sejauh mana Uzma mampu mencapai cita-cita besar tersebut.

Adakah Kamarul sebagai peneraju syarikat cuba untuk melakukan sesuatu yang berada di luar kemampuan organisasinya?

Bagaimanapun, perlu diakui bahawa kejayaan sebuah syarikat tersenarai seperti Uzma bersama perniagaan angkasa lepas pastinya akan mendorong lebih banyak syarikat tempatan untuk terus maju dan terlibat sama dalam usaha tersebut.

Dalam beberapa tahun belakangan ini, Uzma telah membina kehadirannya dalam apa yang dikenali syarikat itu sebagaio segmen Digital Earth.

Usaha itu bermula melalui cabang perniagaan angkasa lepasnya, Geospatial AI Sdn Bhd, yang menyediakan analisis data menggunakan imejan satelit pihak ketiga.

Imejan diproses oleh sistem dibangunkan secara dalaman yang dipanggil Digital Earth kemudiannya menyediakan "kecerdasan boleh bertindak".

Sistem ini dibangunkan itu boleh digunakan untuk antara lain, meramalkan risiko banjir, meningkatkan pengeluaran pertanian, meningkatkan keputusan pembinaan dalam industri hartanah dan membolehkan rangkaian pengangkutan yang cekap.

Pada ketika ini, Geospatial AI memberi perkhidmatan kepada industri tenaga dan perladangan.

473803247_122160097286314379_6475330454364070488_n

Suasana ketika majlis pelancaran UZMA SAT-1 baru-baru ini. — Uzma

Walaupun Kamarul enggan menamakan pelanggan yang mendapat perkhidmatannya, beliau berkata, pasukannya berkhidmat di sebuah perladangan berpangkalan di Afrika dan sebuah syarikat tenaga Malaysia.

Uzma juga bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Pada pertengahan bulan ini, Uzma melancarkan satelit UzmaSAT-1 pada pertengahan bulan ini dengan roket daripada Space X dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di Santa Barbara, Amerika Syarikat.

Ia merupakan satelit ke-13 Malaysia selepas negara melancarkan satelit pertamanya Measat-1 pada 1996.

Walaupun kebanyakan satelit dilancarkan adalah untuk komunikasi, UzmaSAT-1 akan memberi tumpuan kepada cerapan Bumi.

Pelancaran satelit itu pada awalnya dijadual dilaksanakan lewat tahun lepas, tetapi ditangguhkan kerana keadaan Space X.

Namun begitu, pelancaran itu akan menandakan satu kejayaan buat Uzma kerana ia menyambut sambutan ulang tahun ke 25 pada tahun ini.

Dengan UzmaSAT-1, Geospatial AI tidak lagi bergantung sepenuhnya pada imejan satelit pihak ketiga.

Kamarul menjangkakan satelit itu akan memberikan pulangan modal dalam tempoh 12 bulan.

“Garis masa ini mencerminkan keyakinan kami terhadap kesedaran pasaran yang semakin meningkat dan penggunaan aplikasi cerap bumi merentas sektor utama seperti pertanian, perladangan, tenaga, pertahanan dan tindak balas bencana," ujarnya.

Bagi perniagaan angkasa secara keseluruhan, beliau menjangkakan ia akan menguntungkan apabila mencapai tempoh "matang".

Kerajaan, termasuk angkatan tentera dijangka menjadi antara pelanggan utama untuk UzmaSAT-1.

“Ini akan mengambil sedikit masa kerana kami mendapat lebih banyak tarikan dalam kalangan pemain industri terhadap perkhidmatan kami tawarkan.

“Ia adalah maraton, dan memerlukan ketangkasan dan kebolehan kami untuk beradaptasi.

"Walaupun kami berkembang dengan agak baik semasa tempoh awal, kami menjangkakan pertumbuhan itu akan lebih ketara sebaik sahaja UzmaSAT-1 dilancarkan," katanya kepada StarBiz 7.

Bagaimanapun, Kamarul enggan mengulas mengenai kos permulaan dikeluarkan bagi perniagaan angkasa lepasnya termasuk satelit.

Beliau menyifatkan ia sebagai 'secret trade' atau 'rahsia perniagaan'.

“Kami tidak akan berbelanja tanpa unjuran jelas tentang peluang dan prospek,” katanya memberi jaminan kepada pemegang saham dan pemberi pinjaman.

Kerajaan, termasuk angkatan tentera dijangka menjadi antara pelanggan utama untuk UzmaSAT-1.

Selain Malaysia, Kamarul berkata, syarikat itu telah berbincang dengan kerajaan serantau seperti Indonesia, Filipina, Myanmar dan Papua New Guinea.

“Itulah kebaikan satelit. Ia boleh beroperasi tanpa sempadan dan berskala,” katanya.

Di luar perniagaan angkasa lepas, Uzma juga menceburi perniagaan tenaga baharu, khususnya penjanaan tenaga suria dan perkhidmatan tenaga geoterma.

Uzma juga memiliki ladang solar dan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) kepada pemilik ladang solar lain.

Projek solar 4 (LSS4) 50 megawatt (MW) sulung pertama Uzma di Sungai Petani, Kedah, mencapai tarikh operasi komersialnya pada 25 September 2024.

Pada masa ini, jumlah kapasiti projek syarikat itu mencecah 150MW, dengan mengambil kira ia meliputi projek di bawah perkhidmatan EPCnya.

Dalam tempoh empat tahun, Kamarul menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti kepada 500MW.

Uzma juga mempelbagaikan perniagaan gas asli cecair dan petrokimia.

Kepelbagaian ke dalam perniagaan angkasa lepas, tenaga baharu dan perdagangan tenaga dilakukan untuk mengurangkan kesan kitaran kepada perniagaan minyak dan gas (O&G) semasa tempoh kemerosotan.

Melangkah ke hadapan, Uzma menyasarkan 60 peratus hasil daripada perkhidmatan O&G dan 40 peratus daripada tiga perniagaan baharunya.

Kamarul mengesahkan bahawa syarikat itu akan terus mengembangkan perniagaan teras O&Gnya, termasuk dengan meluaskan jejaknya di peringkat global.

Salah satu pasaran yang menjadi tumpuan ialah Timur Tengah.

6114179563161501912

Melangkah ke hadapan, Uzma menyasarkan 60 peratus hasil daripada perkhidmatan O&G dan 40 peratus daripada tiga perniagaan baharunya. — Gambar hiasan

“Dalam dua tahun kebelakangan ini, kami telah menyediakan jalan untuk pemasaran di Timur Tengah.

“Kami telah membida secara aktif untuk projek di rantau itu.

“Daripada keseluruhan rekod tawaran kami, 40 peratus adalah untuk projek antarabangsa," ujarnya.

Uzma juga memenangi projek di Timur Tengah, seperti Qatar dan Sudan di samping turut mula menembusi ke pasaran di negara Turkiye.

Ditanya mengenai pulangan daripada segmen dagangan tenaga dan tenaga baharu, Kamarul menjelaskan bahawa kadar pulangan dalaman bagi projek LSS adalah di bawah 10 peratus.

“Pulangan adalah di bawah apa yang kami jangkakan, sebahagian besarnya disebabkan oleh kos perolehan iaitu 60 peratus hingga 65 peratus daripada kos keseluruhan.

"Bagi projek pemeteran tenaga bersih, pulangan masih terlalu awal," katanya.

Kamarul juga menyatakan pulangan daripada segmen perdagangan tenaga adalah di bawah 10 peratus.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan perniagaan sektor tersebut bergantung kepada sejauh mana syarikat mampu meningkatkan perkhidmatan disediakan.

Melangkah ke hadapan, Kamarul meletakkan semula Uzma sebagai sebuah syarikat yang bukan sahaja mempunyai asas pendapatan berdaya tahan, tetapi juga terlibat dalam usaha niaga generasi akan datang seperti tenaga boleh diperbaharui dan perniagaan angkasa lepas.

Adakah pelabur yakin dengan peralihan ini?

Memandangkan harga saham syarikat itu merekodkan penurunan 44 peratus daripada kemuncaknya pada 2024, Kamarul dan pasukannya berdepan cabaran besar menunaikan janji mereka dan membina semula sentimen positif terhadap Uzma. — The Star/GANESHWARAN KANA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram