[VIDEO] Dua menghilang lari lintang-pukang masuk hutan, polis Kota Marudu saman, sudah tahu siapa pemilik motor


  • 112
  • Selasa, 04 Feb 2025

Detik-detik dua lelaki sanggup meninggalkan motosikal yang ditunggang dan melarikan diri ke dalam hutan dalam kejadian di Kota Marudu, Sabah pada Ahad lepas.

GARA-GARA panik melihat pihak polis menjalankan operasi rondaan, dua lelaki sanggup meninggalkan motosikal yang ditunggang dan melarikan diri ke dalam hutan dalam kejadian di Kota Marudu, Sabah pada Ahad lepas.

Bagaimanapun, orang awam yang berada di lokasi berkenaan sempat merakam detik-detik lelaki terbabit melarikan diri daripada pihak polis dan memuat naik video terbabit di media sosial.

Memetik laporan Info X, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, kejadian itu berlaku ketika sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kota Marudu menjalankan tugas rondaan dan pemantauan sempena Op Selamat 23, di Jalan Rakit dan Jalan Sumbilingon pukul 10.30 pagi Ahad lepas.

“Ketika menjalankan penugasan itu, pasukan operasi ternampak sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki dua lelaki.

“Ketika kenderaan BSPT cuba menghampiri, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri dan meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas NVIDIA, giliran Elon Musk dimalukan robot penari China

BACA LAGI: [VIDEO] Cemburu kekasih bawa lelaki lain balik rumah jadi punca guru silat sumbat mayat wanita dalam bagasi merah

Menurutnya, anggota polis trafik yang bertugas tidak lagi meneruskan usaha mengejar kedua-dua lelaki terbabit kerana mereka melarikan diri ke kawasan hutan yang berdekatan di tempat kejadian.

“Tiada kemalangan yang dilaporkan dan tiada tangkapan dibuat. Motosikal yang ditinggalkan telah dirampas untuk tindakan lanjut.

“Polis sudah mengenal pasti pemilik motosikal berkenaan dan saman telah dikeluarkan dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan pengguna jalan raya khususnya di daerah ini supaya tidak bertindak melarikan diri ketika pemeriksaan oleh pasukan polis kerana ia mengundang risiko kemalangan.

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan gelagat suspek lari lintang-pukang selepas dikejar anggota polis trafik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram