![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/04/3150721.png)
SEORANG pekerja kontrak maut selepas dihempap kepingan marmar dalam satu kemalangan ngeri di sebuah kilang yang terletak di kawasan Novo Aleixo dekat Zon Utara Manaus, Brazil pada Isnin.
Memetik laporan media antarabangsa, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu sedang bekerja sendirian ketika insiden malang itu terjadi.
Insiden itu dipercayai berlaku apabila satu kepingan marmar jatuh lalu menghentam kepingan lain, menyebabkan dentuman kuat yang sekali gus mengejutkan pekerja lain di lokasi.
BACA LAGI: [VIDEO] Nasib tak kena telan, gadis duyung hampir dimakan ikan gergasi dalam akuarium di China
Namun, tiada saksi yang melihat secara langsung detik sebenar kemalangan itu, dan masih belum dapat dipastikan sama ada mangsa cuba mengalihkan bahan tersebut atau terdapat faktor lain yang menyumbang kepada kejadian.
Penyet terus kena hempap. pic.twitter.com/u60EgcE8Zj
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) February 4, 2025
Syarikat yang bertanggungjawab terhadap operasi tersebut memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan dari polis dan pakar forensik untuk menjalankan siasatan lanjut.
Sementara itu, peguam kepada kilang milik Syarikat Maycon Abrantes berkata, hanya pihak subkontraktor yang boleh mengesahkan identiti serta maklumat lanjut mengenai pekerja berkenaan.
Syarikat berkenaan juga menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dalam siasatan dan memastikan aspek keselamatan di tempat kerja terus menjadi keutamaan.
Terdahulu, tular satu video di laman X (Twitter) pada Selasa memaparkan seorang lelaki cedera parah di kepala dan badan dihempap kepingan marmar.
Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah yang dialaminya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram