
PENGAWAL peribadi Lionel Messi, Yassine Chueko, akhirnya terpaksa akur apabila 'ditewaskan' seorang penyokong yang memasuki padang setelah terjatuh ketika cuba menghalang peminat tersebut daripada menghampiri bintang Argentina itu.
Chueko yang juga bekas tentera laut sebelum ini tular kerana sering melindungi Messi daripada penyokong ketika perlawanan bintang Inter Miami tersebut di Liga Bola Sepak Major (MLS).
Pada Ahad, ketika Inter Miami menewaskan pasukan Panama, Sporting San Miguelito 3-1, Chueko akhirnya 'ditewaskan' oleh seorang penyokong yang memasuki padang.
BACA LAGI: [VIDEO] Benteng JDT tak padu mana, 3 pemain lokal selamba gegar jaring Harimau Selatan
BACA LAGI: 'Jangan tamak', fans JDT harap Bergson tak pentingkan diri di final Piala Malaysia
Walaupun cuba menghalang penyokong tersebut, Chueko terjatuh selepas diserang oleh penyokong yang tergelincir kerana larian lajunya.
Insiden tersebut menyebabkan penyokong terbabit berjaya memeluk Messi seketika sebelum Chueko bangkit dan menariknya keluar padang, sambil tersenyum kecil di atas perkara yang tidak dijangka itu.
Sebelum ini, Chueko yang sudah bersara dari dunia ketenteraan itu pertama kali bertindak pada April lalu selepas melihat salah seorang penyokong berlari menuju ke arah Messi.
Walaupun penyokong itu berjaya menghampiri Messi dan cuba mengambil gambar swafoto, Chueko segera menghalangnya.
Insiden tersebut tular di media sosial yang menunjukkan komitmen dan kecekapan Chueko dalam menjaga keselamatan Messi.
Chueko dilaporkan dibawa masuk oleh pemilik kelab Inter Miami, David Beckham untuk melindungi Messi susulan peningkatan penyokong yang memasuki padang, terutamanya selepas Messi berpindah ke Miami pada 2023. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram