[VIDEO] Lepas hina isteri Khabib 'tuala', Conor McGregor ludah muka fans di kasino Las Vegas


  • Podium
  • Selasa, 04 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan McGregor selepas meludah pada wajah seorang lelaki di kasino Las Vegas, As baru-baru ini. — Agensi

PETARUNG sukan tempur dari Ireland, Conor McGregor sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkelakuan tidak sopan di kasino Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa, McGregor dilihat berada di perkarangan kasino bersama pengawal peribadinya.

Namun, jeritan seorang lelaki yang dikatakan peminat bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov mencetuskan situasi tegang di lokasi itu.

BACA LAGI: Gelar isteri Khabib 'tuala', provokasi McGregor makan diri sendiri

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya fasih berbahasa Inggeris', Khabib Nurmagomedov dakwa pramugari biadab sebelum dihalau dari pesawat

Selepas terdengar lelaki tersebut menjerit 'jom Khabib', McGregor terus berjalan menghampirinya lalu meludahkan ke mukanya sebanyak dua kali.

McGregor bagaimanapun sempat bertanya kepada lelaki terbabit selepas meludahnya.

"Saya meludah ke muka awak. Apa yang awak buat? Tiada apa-apa," katanya sebelum berlalu pergi.

Tindakan itu sekali gus dianggap biadap terutama selepas isunya yang tular sebelum ini.

Terdahulu, McGregor secara terbuka menghina isteri Khabib di media sosial.

Kedua-duanya yang terkenal menerusi pertarungan di kejohanan UFC itu menyaksikan McGregor bersikap rasis dengan mengatakan isteri Khabib seperti tuala.

Dalam sebuah ciapan McGregor di laman X (Twitter), dia memuat naik gambar perkahwinan Khabib bersama isterinya dengan wajahnya dilindungi dengan kain.

Ciapan ringkas itu juga mendapat kecaman ramai khususnya penyokong Khabib yang berpendapat bahawa tindakan itu tidak matang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram