SEORANG penganggur bercadang mahu menggunakan wang RM4,000 yang diberikan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Johor kepadanya untuk membeli motosikal menggunakan bahan api petrol kerana motosikal elektriknya tidak lagi berfungsi.
Muhammad Rosyadi Abdullah berkata, dia hanya menggunakan kenderaan elektrik itu dari Jun hingga Ogos tahun ini.
Harga motosikal elektrik itu adalah RM9,999 pada 20 September 2023 tetapi diturunkan kepada RM7,599 dengan rebat bernilai RM2,400 pada April tahun ini.
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik atau MARiiCas adalah rebat daripada kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia beralih kepada kenderaan elektrik.
BACA LAGI: Dr Dzulkefly sahkan PKD Seremban serah kompaun kesalahan merokok kepada Tok Mat
BACA LAGI: PRU16: Umno belum ada keputusan gabung dengan parti lain — Tok Mat
“Secara keseluruhan saya membayar sebanyak RM8,387 termasuk WiFi tambahan berharga RM388 dan pengecas bernilai RM400,” kata Rosyadi ketika ditemui di luar Tribunal Tuntutan Pengguna Johor di Menara Ansar, Johor Bahru.
Penuntut berusia 43 tahun itu berkata, peniaga motosikal di Masai, Pasir Gudang tidak memaklumkannya mengenai caj tambahan untuk WiFi dan pengecas tersebut.
“Pada mulanya, saya menyangka WiFi dan pengecas termasuk dalam jumlah RM7,599,” ujanya.
Rosyadi dari Johor Bahru mengambil motosikal itu pada 5 Jun lalu dan ia mula bermasalah kira-kira seminggu selepas dibeli.
Difahamkan, motosikal itu juga pernah berhenti secara tiba-tiba beberapa kali ketika digunakan dalam perjalanan.
Dia kemudiannya menghantar kenderaan itu ke bengkel motosikal di Taman Johor Jaya pada 20 Ogos 2024 yang mana seorang mekanik menyatakan bahawa motosikal itu mengalami masalah bateri.
“Mekanik itu mencadangkan supaya menukar bateri dengan harga RM98 tetapi saya menolak kerana motosikal itu masih dalam jaminan dua tahun.
"Saya meminta mekanik memeriksa motosikal itu dengan teliti," katanya sambil menambah bahawa motosikal itu ditinggalkan di bengkel.
"Saya kembali selepas enam hari tetapi mekanik tidak melakukan apa-apa, jadi saya pergi ke cawangan Masai," tambah Rosyadi yang menuntut syarikat itu memulangkan bayaran sebanyak RM4,193.50 iaitu separuh daripada julah RM8,387 yang dibayar.
Responden bersetuju untuk memulangkan RM4,000 kepada Rosyadi.
Presiden Tribunal, Hafez Zalkapli mengarahkan responden membayar balik jumlah tersebut dalam masa dua minggu.
Mereka yang memerlukan bantuan berhubung perkara Tribunal boleh menghubungi 07-227 1755 atau 07-227 1766. — The Star/ZAZALI MUSA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram