SEORANG warganegara China yang mendakwa jarak kereta yang dibelinya diubah, telah diperintahkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Johor untuk menerima bayaran semula sebanyak RM5,000.
Guo Yutong membeli sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover daripada seorang pengedar kereta terpakai di Johor Bahru pada 1 Ogos tahun lalu.
"Saya membayar RM110,000 secara tunai untuk SUV tahun 2020 dengan jarak (mileage) 42,000km," kata pemohon berusia 40 tahun itu di luar pejabat Tribunal di Menara Ansar, Johor Bahru.
Wanita yang berasal dari Beijing itu berkata, sebelum membeli kenderaan berkenaan, dia dan suaminya telah mengunjungi beberapa kedai kereta terpakai.
BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita Indonesia disumbat dalam bagasi, ditemukan tak sempurna ketika buang sampah
BACA LAGI: Warga emas maut, putus tangan diserang 11 anjing liar dalam terminal bas di Sabah
"Kami fikir ia adalah tawaran yang baik kerana kereta dengan jarak lebih rendah iaitu 42,000km dijual pada harga RM110,000.
"Sedangkan peniaga lain menjual model sama dengan jarak 100,000km pada harga sama iaitu RM110,000," jelasnya.
Guo turut menyatakan jurujual telah menunjukkan laporan Puspakom yang mengesahkan bahawa jarak kereta tersebut adalah 42,000km.
Namun, pemohon itu mendakwa dia menyedari bahawa jarak kereta tersebut telah diubah apabila menghantar kereta tersebut di pusat servis pada 19 September.
Guo berkata, rekod di pusat servis menunjukkan bahawa jarak yang sebenarnya mencatatkan 90,000km.
"Peniaga kereta terpakai itu mendakwa dia tidak mengetahui tentang pengubahan jarak tersebut ketika kami membuat aduan pada hari sama," tambahnya.
Guo menuntut agar wangnya dipulangkan sebanyak RM6,000.
"Apabila syarikat enggan memenuhi permintaan kami, kami memfailkan aduan kepada TTPM Johor pada 29 Oktober," tambahnya.
Presiden Tribunal, Hafez Zalkapli memerintahkan agar responden membayar balik RM5,000 kepada pemohon dalam tempoh dua minggu.
Bagi mereka yang memerlukan bantuan mengenai perkara Tribunal, boleh menghubungi 07-227 1755 atau 07-227 1766. — The Star/ZAZALI MUSA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram