Pembantu rumah 'berkepit telefon 24 jam' lari lepas sebulan bekerja, agensi diarah pulangkan RM9,000 kepada jururawat


  • Massa
  • Jumaat, 03 Jan 2025

Kala Devi mendakwa pembantu rumah tersebut sering leka dengan telefon bimbitnya.

SEORANG jururawat berusia 38 tahun terpaksa menanggung kerugian apabila pembantu rumah yang diupah untuk menjaga haiwan peliharaannya melarikan diri hanya selepas sebulan bekerja.

M. Kala Devi, yang bekerja di Singapura, telah membayar sejumlah RM9,000 kepada sebuah agensi pekerjaan yang berpejabat di Kuala Lumpur.

Dia membuat pembayaran pertama sebanyak RM1,500 dilakukan pada 7 Julai, diikuti dengan RM2,500 pada 26 Julai dan RM5,000 pada 8 Ogos 2024.

Menurut Kala Devi, pembantu rumah berusia dalam lingkungan 30-an itu mula bekerja pada 7 Ogos dan dijanjikan gaji bulanan sebanyak RM1,500.

BACA LAGI: Bapa Yap Xin Yuan sayu, tak dapat kenal wajah anak sebelum disemadikan

BACA LAGI: Ditemukan mati di sungai, polis sahkan mayat reput di Banting milik Yap Xin Yuan

Selain daripada menjaga lima ekor anjing, pembantu rumah tersebut turut bertanggungjawab menyediakan makanan dan membersihkan rumah.

"Lima ekor anjing itu merupakan anjing jalanan yang saya selamatkan", ujar Kala Devi.

"Pada awalnya, dia tidak menghadapi sebarang masalah menjaga anjing-anjing tersebut. Namun, dia sering kali leka dengan telefon bimbitnya dan perlu diingatkan untuk memberi makan kepada anjing-anjing itu," jelas Kala Devi ketika ditemui di luar Tribunal Tuntutan Pengguna Johor (TTPJ) di Menara Ansar, Johor Bahru.

Kala Devi diberitahu bahawa pembantu rumah berkenaan mempunyai pengalaman bekerja menjaga seorang warga emas wanita di Singapura dan pernah bekerja di sebuah gerai makanan di Kuala Lumpur.

Pada 7 September, Kala Devi telah menghantar keretanya untuk diservis pada pukul 2 petang dan apabila kembali sekitar pukul 6 petang, dia mendapati pembantu rumah itu tiada di rumah.

“Dia meninggalkan rumah tepat sebulan selepas bekerja dengan saya,” katanya.

Susulan kejadian itu, Presiden TTPJ, Hafez Zalkapli, mengarahkan responden iaitu agensi pekerjaan memulangkan RM9,000 kepada pengadu dalam tempoh dua minggu.

Mereka yang memerlukan bantuan mengenai perkara Tribunal boleh menghubungi talian 07-227 1755 atau 07-227 1766. — The Star/ZAZALI MUSA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram