Taman tema di Shah Alam boleh kembali beroperasi jika penuhi spesifikasi MBSA — MB


  • Primer
  • Ahad, 02 Feb 2025

Kejadian pelampung tertimpa pengunjung itu menimbulkan kegusaran awam mengenai keselamatan di taman tema tersebut.

EKORAN kejadian pengunjung tertimpa pelampung di salah sebuah taman tema di Shah Alam, Selangor pada Rabu, kerajaan negeri akan memanggil pihak pengurusan untuk menjawab beberapa persoalan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pertemuan itu membolehkan pihak pengurusan memberikan penjelasan mengenai beberapa isu terutamanya berkaitan keselamatan tarikan baharu yang dibuka kepada umum.

Mengikut laporan Astro Awani, Amirudin berkata taman tema tersebut akan ditutup buat sementara waktu sebelum dibenarkan beroperasi semula.

BACA LAGI: MBSA gantung aktiviti gelongsor air kaca taman tema di Shah Alam lepas insiden pelampung jatuh

BACA LAGI: Ibu bapa Zayn Rayyan mohon semakan Mahkamah Tinggi tangguh perbicaraan

"Buat masa ini operasinya dihentikan. Jika mereka memenuhi spesifikasi ditetapkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan permohonan seterusnya kita teliti semula aspek keselamatan, baru ia akan dibenarkan beroperasi semula," jelas Amirudin.

475003651_1179589590193057_8608014676447556576_n

Amirudin (tengah) berkata taman tema itu boleh beroperasi semula jika memenuhi spesifikasi MBSA. — Facebook/Amirudin Shari

Dalam kejadian tersebut, seorang pengunjung cedera selepas pelampung daripada gelongsor air kaca taman tema itu terjatuh.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kemudiannya mengeluarkan sembilan notis dengan tiga daripadanya merupakan amaran bertarikh 14 November 2024 dan 19 Januari lalu.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman mengenai gelongsor air yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam itu menimbulkan kegusaran awam terutamanya berkaitan aspek keselamatannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram