SEORANG pelajar Malaysia di Jepun yang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi sejak Isnin lalu ditemui selamat.
Memetik laporan Berita Harian, pelajar perempuan bernama Nurin Hannani Mohd Hafizi berusia 21 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Kure Kosen, Hiroshima, Jepun itu ditemui dalam keadaan keliru di Tokyo kira-kira pukul 3.15 petang Khamis.
Ibunya, Noor Afzan Abdul Razak dalam pada itu bersyukur selepas menerima panggilan telefon daripada pegawai Kedutaan Malaysia di Jepun tentang keadaan anaknya.
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas malam Tahun Baharu Cina, rider superbike jadi mangsa langgar lari di Nilai
BACA LAGI: Harga diesel naik 5 sen di Semenanjung hingga awal Februari
Menurut Noor Afzan, dia tidak tahu lokasi dan identiti individu yang menemui anak sulungnya itu.
Dia juga belum berkesempatan untuk bercakap dengan Nurin Hannani kerana mahu memberi masa bertenang buat anaknya.
Sebelum ini, media melaporkan, Nurin Hannani dipercayai meninggalkan kampus pada tengah hari Isnin lalu dan tidak pulang sehingga Rabu.
Pada masa sama, usaha pihak kampus dan kedutaan bekerjasama menjejaki gadis itu dengan menghubungi polis serta Hannani melalui LINE, Messenger serta WhatsApp juga tidak membuahkan hasil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram