Suplemen kesihatan 'si bulus' Dr. Shiba masuk pasaran Malaysia, kerjasama rapat dengan veterinar


  • Bizz
  • Ahad, 02 Feb 2025

Dr. Shiba mengisi jurang dengan menawarkan makanan tambahan yang dirumus secara saintifik, semua fungsi semula jadi dan mampu milik.

TREND pemilikan haiwan peliharaan menunjukkan peningkatan di Malaysia, lebih 51 peratus rakyat mempunyai haiwan sebagai peneman, menurut laporan 2023 oleh Standard Insights.

Situasi itu membawa kepada lonjakan permintaan terhadap keperluan menyediakan perkhidmatan lebih berkesan dan holistik dalam penjagaan haiwan peliharaan.

Kini, ia tidak lagi hanya sekadar berkisar kepada kualiti penjagaan dan lawatan berkala ke doktor haiwan.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

“Kami melihat bukan sahaja pertumbuhan dalam bilangan, tetapi perubahan sebenar dalam cara pemilik haiwan peliharaan di Malaysia mendekati haiwan kesayangan dari segi penjagaan.

"Pengguna semakin canggih dalam pilihan dan mencari produk premium disokong sains yang boleh menyokong kesejahteraan haiwan peliharaan mereka," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Shiba, Philipp Renner.

2898460

Lebih 51 peratus rakyat Malaysia dilapor kanmempunyai haiwan peliharaan sebagai peneman. — Gambar hiasan

Jenama Dr. Shiba berpangkalan di Filipina itu berhasrat merevolusikan penjagaan haiwan peliharaan di Asia Tenggara menerusi penyediaan suplemen kesihatan.

Sejak dilancarkan pada 2022, Dr. Shiba menjadi salah satu jenama kesihatan haiwan peliharaan terkemuka di Filipina.

Dengan penawaran pelbagai jenis makanan sampingan kesihatan termasuk kucing, Dr. Shiba dikatakan mempunyai lebih 1 juta pelanggan dan turut tersedia di lebih 1,500 lokasi rangkaian peruncitan.

Philipp berkata, idea untuk memulakan jenama itu muncul daripada pengalaman peribadinya sendiri.

"Sebagai individu memiliki haiwan peliharaan, saya melihat jurang ketara antara kemahuan kami untuk haiwan kesayangan dan apa tersedia di pasaran.

“Di Filipina, kami melihat peningkatan perhatian pemilik terhadap haiwan peliharaan mereka, namun suplemen dan produk kesihatan yang ada tidak memenuhi piawaian kualiti sepatutnya diterima oleh haiwan peliharaan,” katanya.

Suplemen haiwan kesayangan dihadkan kepada produk yang diproses secara intensif dengan bahan boleh dipersoalkan.

Ia termasuk mengandungi bahan aktif tetapi dalam kepekatan tidak mencukupi atau mempunyai tanda harga tinggi yang tidak dapat diakses oleh kebanyakan pemilik haiwan peliharaan.

“Dr. Shiba mengisi jurang ini dengan menawarkan makanan tambahan yang dirumus secara saintifik, semua fungsi semula jadi dan mampu milik,” katanya.

Kerjasama dengan veterinar

6116163786512646190

Tim Michael (kiri) dan Philipp bersama jenama suplemen makanan haiwan, Dr. Shiba.

Selaras dengan misinya menyediakan penyelesaian kesihatan berkeberkesanan tinggi membantu haiwan peliharaan hidup lebih sihat dan lama, formulasi Dr. Shiba dibangunkan melalui kerjasama rapat dengan doktor haiwan.

"Setiap ramuan kami gunakan perlu mempunyai sokongan saintifik dan memastikan ia hadir dalam dos terapeutik," kata Philipp.

Sebagai contoh, rawatan kesihatan usus Happy Tummy jenamanya menampilkan campuran probiotik khusus sebanyak 500 juta CFU (unit pembentuk koloni) setiap keping, yang telah terbukti secara klinikal sebagai dos paling berkesan.

Satu lagi pertimbangan utama dalam mencipta produk tambahan haiwan kesayangan ialah keselamatan dan ketelusan.

"Keselamatan adalah aspek yang tidak boleh dikompromi.

"Kami menjalankan ujian meluas dan bekerjasama dengan pakar veterinar untuk memastikan produk kami bukan sahaja berkesan tetapi benar-benar selamat untuk kegunaan jangka panjang," ujarnya.

Setiap produk menjalani ujian yang ketat dan mesti dinilai berdasarkan semua standard ditetapkan.

"Apa yang anda lihat pada label adalah apa yang terdapat dalam produk kami, dengan dokumentasi jelas tentang bahan aktif dan kepekatannya," tambahnya.

Philipp juga menyatakan fokus dan sumber turut digunakan untuk menghasilkan produk yang enak dan menyeronokkan untuk haiwan peliharaan.

Langkah itu sekali gus memastikan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dan menyebabkan pengguna kembali untuk mendapat produk dihasilkan.

"Suplemen terbaik di dunia tidak akan membantu jika haiwan kesayangan anda tidak memakannya."

Pasaran Malaysia

6116163786512646193

Antara produk suplemen kucing keluaran Dr. Shiba. — Dr. Shiba

Dengan perkembangan baru-baru ini ke Malaysia, Dr. Shiba berusaha memanfaatkan minat semakin meningkat dalam produk penjagaan pencegahan dan kesihatan untuk haiwan peliharaan.

"Penjaga haiwan peliharaan tidak lagi menunggu sehingga haiwan mereka sakit untuk pergi mendapatkan rawatan, tetapi mereka secara proaktif mencari penyelesaian untuk menyokong kesihatan haiwan kesayangan mereka.

"Transformasi dalam pendekatan individu melihat pemilikan haiwan peliharaan adalah luar biasa. Penjaga haiwan peliharaan hari ini sangat berpengetahuan dan arif,” tambahnya.

Ujarnya, pengguna juga membuat penyelidikan terhadap bahan-bahan, membaca ulasan dan mengutamakan kualiti berbanding harga apabila ia berkaitan dengan kesejahteraan haiwan peliharaan masing-masing.

Mengenai rancangan perniagaannya untuk edaran produk di Malaysia, Philipp berkata, mereka akan tidak akan tertumpu hanya terhadap satu saluran pemasaran.

Ini akan melibatkan perkongsian dengan peruncit khusus haiwan peliharaan dan klinik veterinar yang mantap, serta penggunaan platform e-dagang terkemuka yang mampu mencapai terus kepada pengguna.

“Strategi pelbagai saluran ini berfungsi dengan baik untuk kami di Filipina, yang mana kami telah membina hubungan kukuh dengan rakan kongsi memiliki rangkaian runcit seperti Pet Lovers Centre dan Pet Express,” katanya.

Sambil Dr. Shiba meluaskan kehadirannya di seluruh rantau ini, Philipp berkata, jenamanya masih tidak lupa terhadap matlamat utamanya bagi merevolusikan ruang kesihatan haiwan peliharaan.

Selain daripada mendemokrasikan akses kepada penjagaan haiwan kesayangan berkualiti melalui suplemen berpatutan yang disokong sains, perniagaan ini menyasarkan untuk meningkatkan tahap kualiti dalam industri dengan menawarkan formulasi gred terapeutik.

"Kami kerap mendengar kisah positif daripada pemilik haiwan tentang peningkatan keseluruhan kesejahteraan haiwan masing-masing termasuk daripada segi kesihatan penghadaman dan keadaan bulu mereka.

"Apabila anda menyediakan produk yang benar-benar berfungsi dan menyokongnya dengan penjagaan tulen untuk kesihatan haiwan kesayangan, ia meningkatkan jangkaan semua orang tentang rupa penjagaan haiwan kesayangan yang baik," kongsi Philipp. — The Star/NICOLE CHEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram