Tidak perlu risau alahan kulit, pernafasan, ReadyCare Signature sedia produk pembersihan rumah lestari


  • Bizz
  • Khamis, 30 Jan 2025

Produk ReadyCare Signature yang mendapat pengesahan daripada USDA, mempunyai status halal dan vegan.

RUMAH berkilau dan bersih termasuk di kawasan tandas dan lantai kediaman pastinya menjadi sesuatu sangat diidamkan isi rumah.

Untuk mencapai keadaan tersebut, pastinya ia memerlukan produk penjagaan dan pembersihan yang berkualiti.

Malangnya, banyak produk konvensional yang berada di pasaran dilihat bukan sahaja tidak memuaskan, malah ada antaranya mendedahkan pengguna kepada risiko kesihatan.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Disebabkan itu, pengguna semakin sedar tentang risiko bahaya daripada produk pembersihan rumah konvensional, yang boleh menyebabkan kerengsaan (irritation) terhadap pernafasan dan kulit.

Situasi itu mendorong orang ramai mencari alternatif yang lebih semula jadi dan lestari.

Interview with Yeoh Eng Foo, Founder and Managing Director of ReadyCare. —SAMUEL ONG/The Star

Pengasas dan Pengarah Urusan ReadyCare Signature, Yeoh Eng Foo.

Menurut laporan Grand View Research, pasaran kemudahan pembersih isi rumah semula jadi global dijangka mencecah anggaran AS$13.28bil menjelang 2030, pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak 11.3 peratus dari 2025.

“Permintaan untuk produk berasaskan bio, mementingkan alam sekitar telah berkembang pada kadar yang tinggi.

"Ini terutamanya dalam era pasca-Covid, apabila lebih ramai orang mencari pilihan yang lebih selamat untuk tugas pembersihan rumah mereka," kata Pengasas dan Pengarah Urusan ReadyCare Signature, Yeoh Eng Foo.

Dilancarkan pada 2021, ReadyCare Signature, jenama produk pembersihan berasaskan bio, menyasarkan untuk menginovasi penyelesaian isi rumah harian mesra alam yang selamat, berkesan dan berpatutan.

Produk pembersihan berasaskan bio merujuk kepada bahan pencuci diperbuat daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan, enzim, dan mikroorganisma yang mesra alam.

Produk ReadyCare Signature yang mendapat pengesahan daripada Jabatan Pertanian AS (USDA), mempunyai status halal dan vegan meliputi barangan seperti pembersih permukaan, pencuci baju dan cecair pencuci pinggan mangkuk.

Eng Foo, yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam industri barangan pengguna, berkata idea produk pembersihan berasaskan bio diilhamkan selepas beliau melihat peralihan berlaku dalam pasaran.

Setelah membina dan menerajui perniagaan produk sarung tangan dan penjagaan rumah yang membekalkan kepada peruncit utama antarabangsa termasuk Walmart, beliau mendapati pelanggan di Amerika Syarikat dan Eropah semakin banyak meminta bahan pembungkusan yang boleh dikitar semula.

28107260

Aspek pemahaman dan memenuhi keperluan pelanggan amat dititikberatkan dalam merumuskan produk ReadyCare Signature.

"Ini memberi kami permulaan untuk menyedari bahawa keperluan ini sudah menjadi arus perdana dalam pasaran ini, malah wajib untuk sesetengah kumpulan.

"Kami menyedari terdapat peningkatan permintaan global untuk produk berasaskan tumbuhan yang lebih hijau, mungkin datang daripada pengguna akhir," ujarnya.

Selepas tiga tahun penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang meluas, barisan awal produk ReadyCare Signature bagi pencuci baju, cecair pencuci pinggan mangkuk dan produk basuhan sayur-sayuran dilancarkan pada penghujung 2021.

Produk berasaskan bio jenama itu boleh didapati di seluruh Malaysia di kedai-kedai pasar raya seperti Village Grocer, Aeon MaxValu dan NSK Grocer, selain platform e-Dagang seperti Lazada dan Shopee.

Produk tersebut juga dieksport ke Jepun, Filipina, Thailand dan Singapura.

"Matlamat kami adalah untuk mencipta produk yang boleh membantu mengurangkan jejak karbon kami, sambil memberi pengguna pilihan yang lebih baik untuk pembersihan rumah mereka," tambahnya.

Untuk mengatasi keraguan awal terhadap kualiti produk, jenama itu sangat menekankan pada mendapatkan pensijilan yang diiktiraf antarabangsa daripada USDA dan The Vegan Society.

Produk berasaskan bio itu juga disahkan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mendapat pengiktirafan hijau daripada MyHIJAU.

Eng Foo menyatakan bahawa perhatian penting diberikan kepada pemahaman dan memenuhi keperluan pelanggan tertentu dalam merumuskan produk ReadyCare Signature.

"Kekuatan dan kelebihan kami terletak pada pasukan R&D dalaman kami, yang mampu membangunkan penyelesaian mengikut keperluan pelanggan," katanya.

Sebagai contoh, cecair pencuci pinggan jenamanya direka untuk menangani tahap minyak masakan Asia biasa, berikutan keluhan pengguna tempatan tentang ketidakberkesanan produk berasaskan bio yang diimport.

Tambah pengasas tersebut, penting juga untuk memastikan produk pembersih dirumuskan supaya tahap keasidannya atau pH seimbang dan bebas daripada bahan berbahaya atau minyak wangi tiruan yang boleh menyumbang kepada masalah ekzema atau pernafasan.

dishwash-654x702

Antara barisan produk pencuci pinggan ReadyCare Signature. — ReadyCare Signature

Baru-baru ini, ReadyCare Signature memperkenalkan barisan penjagaan bayinya, yang menampilkan produk mesra alam seperti pencuci baju, pembersih botol dan semburan sanitiser.

"Kami terus berusaha untuk mengembangkan rangkaian kami.

“Kami serius dan komited kepada misi kami; ini bukan sekadar ragut keuntungan,” tegasnya.

Mengukuhkan fokusnya pada penjagaan alam sekitar, jenama itu telah menyediakan beberapa mesin layan diri isi semula Readycare di pasar raya, pusat beli-belah, pejabat dan kondominium.

Pelanggan digalakkan untuk membantu mengurangkan keseluruhan sisa plastik dengan membawa botol boleh guna semula mereka sendiri untuk mengisi semula bahan pencuci pakaian, cecair pencuci pinggan mangkuk atau pencuci lantai.

"Terdapat lebih 9,000 jumlah isi semula dilakukan oleh pelanggan sejak mesin layan diri dilancarkan pada 2022," kongsi Eng Foo.

Beliau menambah bahawa pendekatan ini meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna tentang keperluan untuk amalan yang lebih mementingkan alam sekitar.

Pada 2025, ReadyCare Signature akan menumpukan pada mengembangkan rangkaian produknya dan bekerjasama dengan pengedar untuk memasuki pasaran baharu serta meluaskan jangkauan pelanggan.

“Ia adalah mengenai melakukan sesuatu yang positif untuk orang ramai dan mencipta produk yang membantu meminimumkan masalah untuk individu dan alam sekitar. Ia amat bermakna bagi kami untuk menyumbang kepada itu,” katanya. — The Star/NICOLE CHEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram