![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/01/3146319.jpg)
SERAMAI tiga individu cedera parah selepas ditetak seorang lelaki dipercayai warga Indonesia di Lawas, Sarawak pada Jumaat.
Menerusi video tular di media sosial, tiga mangsa tersebut termasuk seorang kanak-kanak cedera di kepala.
Lelaki terbabit dikatakan menyerang kesemua mangsa menggunakan senjata tajam.
Dalam video berasingan, suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis di lokasi kejadian.
Punca kejadian dikatakan berlaku kerana suspek terlalu tertekan dengan kehidupannya.
"Tiga beranak ditetak. Ada yang cakap dia (suspek) tertekan sebab bini tinggalkan dan ibunya dikhabarkan meninggal dunia," dakwa Selampai Kumang.
Namun punca sebenar dan keadaan mangsa bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram