Pengunjung kecewa hasil 'cincai' projek naik taraf Dataran Klang@Padang Chetty


  • Massa
  • Jumaat, 31 Jan 2025

Sivam (kiri) dan Devadass menunjukkan keadaan penurap yang tidak rata di sepanjang laluan pejalan kaki di Dataran Klang@Padang Chetty.

PENGUNJUNG di Dataran Klang@Padang Chetty, Klang Selangor yang baru dinaik taraf melahirkan kekecewaan mereka terhadap mutu kerja akhir projek tersebut yang menyaksikan terdapat penurap konkrit didapati tidak dipasang dengan baik dan bergoyang apabila dipijak.

Seorang pengunjung tetap taman itu, Mei Lee, 68, berkata, beberapa individu hampir terjatuh ketika berjalan dan berjoging di situ serta ada antaranya turut mengalami kecederaan ringan.

Bekas guru sekolah itu berkata, dia mula kembali beriadah di taman itu selepas kerja-kerja pembinaan tamat baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] JPJ Pahang tampil beri penjelasan video tular anggota bertumbuk, rupanya hanya demo

BACA LAGI: [VIDEO] 'Keluarga patut main peranan', ramai respons video tular mangsa sebelum kejadian dipukul

"Saya datang ke sini untuk bersenam tetapi laluan pejalan kaki dengan penurap konkrit dan batu bata digunakan longgar dan agak condong kerana mutu kerja kurang baik," katanya.

Mei Lee berkata, selepas melihat sendiri bahaya yang ditimbulkan, dia mengelak daripada menggunakan taman itu.

Seorang lagi pengunjung taman, Sivam Nadasen, 63, berkata, dia mula ke taman itu sejak dibuka semula, tetapi mendapati ia mengecewakan dengan penurap yang tidak rata dan batu bata yang tidak dipasang dengan kemas.

Uneven drain covers at Dataran Klang@Padang Chetty poses a risk of people tripping and falling. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Keaadan batu yang dipasang tidak kemas dalam projek naik taraf di Dataran Klang@Padang Chetty.

“Minggu lalu, seorang pemuda terjatuh ketika berlari di atas penurap konkrit kuning yang tidak rata dan bergoyang.

"Air hujan juga terkumpul di bawah penurap dan air memercik keluar apabila orang memijaknya," katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Klang, A Devadass berkata, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) gagal memantau kerja-kerja secara berkesan, menyebabkan pengguna taman terdedah kepada risiko ketika menggunakannya.

Beliau meminta Jabatan Landskap MBDK menyimpan deposit kontraktor sehingga masalah kecacatan pembinaan itu diperbaiki.

Tambahnya, MBDK juga perlu menangani isu kawasan air bertakung dan menggantikan lampu solar sudah rosak dilekatkan pada bangku konkrit.

Devadass berkata, demi keselamatan semua pengguna taman, Dataran Klang@Padang Chetty perlu ditutup sehingga kerja pembaikan dijalankan.

StarMetro pixKlang Consumer Association president A. Devadass checks into complaints of the shoddy workmanship of the pavers and interlocking bricks and has called MBDK to hold contractors deposit on refurbishment works of Dataran Klang@Padang Chetty. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Situasi air bertakung yang berlaku di kawasan dinaik taraf di Dataran Klang@Padang Chetty.

Taman seluas 1.34 hektar itu terletak bersebelahan kuil Sri Nagara Thendayuthapani yang berusia 151 tahun menjalani kerja naik taraf dari September lalu hingga 15 Januari tahun ini.

Ia sepatutnya siap pada 18 November lalu tetapi mengalami kelewatan.

Transformasi taman itu dilaksanakan melalui dana RM500,000 daripada Jabatan Landskap Negara.

Jurucakap MBDK berkata, majlis itu memandang serius perkara tersebut dan akan memeriksa taman tersebut.

“Walaupun projek telah siap, terdapat tempoh liabiliti kecacatan.

"Kami akan memanggil kontraktor untuk membuat bayaran mengikut kontrak," kata pegawai itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram