POLIS menahan empat lelaki susulan kes rempuhan sekumpulan individu di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara kumpulan suspek dengan mangsa ketika berhibur.
"Setakat ini, empat lelaki warga tempatan sudah ditahan pada Khamis, bagi membantu siasatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Nasib tak kena telan, gadis duyung hampir dimakan ikan gergasi dalam akuarium di China
BACA LAGI: VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan
"Permohonan reman ke atas kesemua suspek akan dipohon hari ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Video lain kes gaduh di Jalan Klang Lama. pic.twitter.com/S1xuiy4ttE
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 30, 2025
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, permohonan reman telah dikemukakan terhadap kesemua lelaki yang ditahan.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis belum menerima sebarang laporan polis daripada mangsa setakat ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular rakaman sebuah insiden di lokasi kejadian pada Rabu memaparkan dua buah kenderaan jenis Toyota Vios dan pacuan empat roda, Hilux bertindak melanggar sekumpulan lelaki. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram