![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/01/27/3139662.png)
BANK Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Madelena Mohamed sebagai Penolong Gabenor, berkuat kuasa 1 Februari ini.
Sebagai Penolong Gabenor, Madelena akan bertanggungjawab ke atas sektor baharu iaitu Strategi dan Kelestarian yang merangkumi Pejabat Gabenor, Jabatan Undang-undang, Jabatan Komunikasi Strategik dan Unit Kelestarian.
BNM dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan Madelena memulakan kerjaya di BNM pada tahun 1993 dengan berkhidmat di Jabatan Ekonomi.
BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita Indonesia disumbat dalam bagasi, ditemukan tak sempurna ketika buang sampah
BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan
"Sepanjang 32 tahun, beliau telah memegang peranan kepimpinan termasuk sebagai pengarah di beberapa jabatan antaranya Jabatan Kewangan Islam, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Jabatan Dasar Kewangan Pruden dan terbaharu di Unit Kelestarian," katanya.
Madelena juga merupakan pemegang sijil Chartered Financial Analyst (CFA) selain turut memilik ijazah dalam bidang Ekonomi dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics and Political Science. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram