Inisiatif agrikultur moden usaha melahirkan 25 usahawan wanita


  • Bizz
  • Selasa, 28 Jan 2025

Sekumpulan organisasi tempatan mengambil inisiatif merintis amalan pertanian mapan dan projek akar umbi untuk menangani isu sekuriti makanan. — Gambar hiasan/Freepik

ISU sekuriti makanan merupakan masalah yang impaknya dirasai di seluruh pelosok dunia.

Akibat perubahan iklim yang memburuk, ia memberi kesan langsung terhadap kitaran pertanian tradisional dan turun naik ekonomi.

Situasi tersebut sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga barangan runcit, menyebabkan ramai golongan berisiko dan berpendapatan rendah tidak mampu mendapat akses terhadap keperluan harian.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Ia termasuk komuniti B40 dan Orang Asli yang dilapor terjejas sehingga ada antaranya menghadapi isu kekurangan zat dan sumber makanan.

Ekoran daripada itu, sekumpulan organisasi tempatan bertindak merintis amalan pertanian mapan dan projek akar umbi untuk menangani cabaran berkenaan.

Projek agroforestry regeneratif yang dijalankan Global Peace Foundation Malaysia (GPFM) kini rancak untuk menyuburkan semula tanah dan membantu mewujudkan peluang pendapatan kepada orang ramai di Pahang.

Menerusi program terbabit, ia memperkenalkan teknik pertanian mampan kepada 30 keluarga Orang Asli di Bera dan Rompin, membolehkan mereka mencari rezeki di samping memperkukuh daya tahan masyarakat terhadap kemerosotan alam sekitar dan kejutan ekonomi.

Projek tersebut mempunyai empat matlamat utama iaitu memulihkan ekosistem melalui hutan makanan dengan tujuan mengurangkan penebangan hutan, meningkatkan kemahiran komuniti dengan amalan penjanaan semula untuk teknik pertanian, memastikan keselamatan makanan semasa krisis dan pemerkasaan komuniti dengan akses pasaran bagi mengekalkan mata pencarian mereka.

3134241

Pembiayaan Yayasan Sime Darby berjumlah RM3.34 juta untuk memastikan usaha dijalankan organisasi tempatan menjadi penyelesaian mapan menangani cabaran sekuriti makanan negara.

“Kesan penebangan hutan dan perubahan iklim menyebabkan banyak keluarga Orang Asli terdedah kepada risiko, menjejaskan keupayaan mereka untuk mengekalkan kelestarian kehidupan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GPFM, Dr Teh Su Thye.

Sementara itu, The Lost Food Project (TLFP) merupakan inisiatif dilaksanakan bagi menguruskan sisa makanan dengan menggunakan lebihan sayur-sayuran dan buah-buahan dari Pasar Borong Kuala Lumpur kepada keluarga memerlukan.

Langkah itu membantu menangani kes kelaparan sambil mengurangkan kesan alam sekitar akibat pembuangan makanan.

TLFP menyasarkan bagi meningkatkan kutipan lebihan makanan segar dan menyediakan makanan berkhasiat kepada ribuan keluarga yang tinggal di rumah pangsa kos rendah di seluruh Lembah Klang.

“Misi kami di TLFP adalah untuk menjadikan cabaran pengurusan sisa makanan sebagai penyelesaian untuk kelaparan.

"Setiap kilogram (kg) makanan yang kami selamatkan dan agihkan adalah satu langkah ke arah mengurangkan jejak karbon dan meningkatkan daya hidup komuniti kami,” kata pengasas TLFP, Suzanne Mooney.

Turut terlibat dalam inisiatif ini ialah Universiti Nottingham Malaysia (UNM) yang menyumbang melalui inisiatif ASSESSCROP.

6104708262625659934

Usaha kerjasama bertujuan membentuk rangkaian penyelesaian berdaya tahan bagi membolehkan penyediaan bekalan sumber makan.

Dengan memberi tumpuan kepada tanaman yang kurang digunakan, inisiatif ini meningkatkan potensi pemakanan dan kebolehpasaran tanaman tempatan seperti Bambara Groundnut, Morinaga Oleifera dan Millet Landrace Bario.

Bekerja bersama Women of Will (WOW), UNM memperkasakan 25 usahawan wanita B40 dengan kemahiran pertanian baharu dan model perniagaan mampan, sekali gus mewujudkan peningkatan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Usaha terbabit berjaya meningkatkan pendapatan mereka dengan ketara dan melabur semula dalam inisiatif komuniti, terutamanya dalam pendidikan pemakanan dan jangkauan terhadap pasaran.

“Kerja di lapangan, bilik darjah dan makmal ini memastikan kitaran pembelajaran berterusan, aplikasi dan pertumbuhan mampan, memberi kesan secara langsung kepada kedua-dua mata pencarian dan kesihatan pemakanan masyarakat kita,” kata wakil UNM, Profesor Dr Mohd Shahir Liew.

Inisiatif terbabit turut mendapat pembiayaan sebanyak RM3.43 juta daripada Yayasan Sime Darby (YSD) yang merupakan cabang kebajikan Sime Darby Berhad, SD Guthrie Berhad dan Sime Darby Property Berhad.

Pembiayaan dan bantuan strategik YSD memastikan kemajuan usaha dilaksanakan oleh organisasi tempatan dan seterusnya menjadi penyelesaian mapan menangani cabaran sekuriti makanan bagi tempoh jangka masa pendek dan panjang.

3134244

Langkah pengagihan lebihan makanan berkhasit kepada keluarga memerlukan di PPR Kerinchi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

"YSD komited untuk menyumbang kepada daya tahan Malaysia dalam sekuriti makanan dan kemapanan alam sekitar.

“Melalui kerjasama strategik yang memanfaatkan kekuatan unik setiap rakan kongsi, kami bukan sahaja menangani keperluan segera, dengan menyelamatkan lebihan makanan daripada berakhir di tapak pelupusan untuk menyuburkan golongan yang memerlukan, tetapi juga meningkatkan perancangan kontingensi alam sekitar dengan menyokong penyelidikan dan pertanian tanaman berdaya tahan.

"Ini di samping menggalakkan amalan pertanian mapan untuk menyokong golongan yang kurang bernasib baik," kata Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Dr Yatela Zainal Abidin.

Dengan sokongan YSD, GPFM telah menjalankan 400 sesi bimbingan peribadi untuk petani Orang Asli, meningkatkan keyakinan mereka terhadap keselamatan makanan daripada 36 peratus kepada 78 peratus.

Pada masa ini, separuh daripada hasil tuaian mereka digunakan untuk kegunaan peribadi, dengan bakinya diperuntukkan untuk pengkomersilan, menandakan peralihan ke arah sara diri dan kemerdekaan ekonomi.

TLFP telah mengubah krisis pembaziran makanan kritikal menjadi peluang dengan memindahkan 3.8 juta kg lebihan makanan – bersamaan dengan 10.8 juta makanan – daripada tapak pelupusan sampah ke meja makan lebih 124,000 keluarga.

Dengan YSD, inisiatif tersebut menangani isu kelaparan dan mencegah hampir 9.5 juta kg gas rumah hijau daripada memasuki atmosfera, sekali gus meletakkan asas untuk model pengurusan sisa mapan yang boleh diaplikasi di seluruh negara. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram