Suntik cita rasa tempatan, Supergulp tawar alternatif minuman bergas demi perut lebih sihat


  • Bizz
  • Rabu, 29 Jan 2025

Supergulp merupakan antara pengeluar minuman berkarbonat prebiotik daripada Asia Tenggara. — Supergulp

INDUSTRI minuman berkarbonat (bergas) kini sedang mengalami peningkatan populariti terhadap hidangan alternatif kepada soda kovensional yang lebih mesra penghadaman dan rendah gula.

Sejak akhir-akhir ini, minuman berkarbonat prebiotik semakin popular sejak dengan ramai pengguna beralih kepadanya sebagai pilihan lebih sihat untuk menggantikan minuman ringan tradisional.

Walaupun kebanyakan ramai individu sudah biasa dengan pengambilan probiotik - mikroorganisma hidup yang bermanfaat terdapat dalam produk ditapai seperti kombucha, kimchi dan yogurt - prebiotik kekal kurang dikenali.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Probiotik menggalakkan kesihatan pencernaan dan imun, manakala prebiotik ialah gentian tumbuhan berfungsi memberi makan dan menjana probiotik, yang membawa kepada mikrobiom usus yang sihat.

Selaras dengan peningkatan minat terhadap kesihatan usus dalam kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan, jenama yang mengkhusus dalam soda prebiotik seperti Olipop dan Poppi di Amerika Syarikat telah berkembang maju.

Tersedia dalam perisa yang mengingatkan pengguna kepada soda klasik seperti root beer, cola, oren dan limau nipis, minuman ini biasanya mempunyai kandungan gula rendah dan gentian prebiotik daripada bahan seperti akar chicory dan artichoke Jerusalem.

Dengan pembungkusan moden, warna terang dan menarik perhatian, mereka menganggap diri mereka sebagai pengganti lebih baik untuk anda bagi minuman berkarbonat bergula tradisional.

Populariti minuman prebiotik

Koh: The mission is to make a healthier beverage more accessible. — Supergulp

Pengasas dan pengarah urusan Supergulp, Julian Koh

Permintaan terhadap minuman prebiotik kekal menunjukkan peningkatan memberangsangkan di seluruh dunia.

Menurut analisis oleh Future Market Insights, pasaran soda prebiotik berkarbonat bernilai AS$262.2 juta pada 2024 dan diunjurkan mencecah AS$545.5 juta menjelang 2034, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 7.6 peratus.

Berusaha untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat ini, jenama Asia Tenggara seperti Supergulp memasuki persaingan dengan melancarkan penawaran prebiotik menarik bagi memenuhi pasaran tempatan.

Pengasas dan pengarah urusan Supergulp, Julian Koh berkata, idea untuk membangunkan jenama minuman prebiotik berkarbonat datang selepas melakukan ujian menyeluruh terhadap pilihan import sedia ada di pasaran.

"Saya terjumpa jenama minuman prebiotik berkarbonat ini dari Amerika Syarikat dan Australia semasa di pasar raya.

"Pada masa itu, saya tidak pernah mengambil minuman soda dengan serat prebiotik sebelum ini, jadi saya membeli kesemuanya dan membawanya pulang untuk mencuba," ujarnya.

Hasilnya, Julian sangat menyauki minuman tersebut kerana rasanya yang kurang manis dan enak dinikmati.

"Bagaimanapun, bagi terdapat sesuatu yang hilang daripada air tersebut," ujarnya.

Ini kerana beliau mendapati jenama prebiotik berkarbonat import yang berada di pasaran mengalami kekurangan variasi dengan kebanyakannya menawarkan rangkaian perisa terhad dan hanya memenuhi cita rasa Barat.

“Saya memikirkan bagaimana kita boleh mencipta versi yang menawarkan sesuatu yang unik, mengambil daripada buah-buahan dan perisa tempatan, seperti serai, asam boi dan kekwa – yang boleh diterima oleh isi rumah Asia Tenggara,” ujarnya.

Diilhamkan dengan idea menawarkan perisa bercita rasa tempatan dalam minuman prebiotik berkarbonat, dia kemudiannya mencipta apa yang kini dikenali sebagai Supergulp.

Pada akhir 2023, proses penyelidikan dan pembangunan bermula, yang membawa kepada pelancaran jenama pada Mac 2024.

Hanya dalam tempoh sembilan bulan, Supergulp mampu mencatatkan jualan 60,000 tin dan kini boleh didapati di 250 peruncit termasuk Village Grocer, Jaya Grocer, Qra, BilaBila Mart dan Ascen+ Pharmacy.

Terap keyakinan

Supergulp is positioned as a lifestyle offering that can be integrated into a range of settings. — Atlas Collectif

Supergulp turut memposisikan diri sebagai minuman gaya hidup yang boleh disepadukan ke dalam pelbagai acara. - Atlas Collectif

"Misi di sini adalah untuk menjadikan produk minuman sihat lebih mudah diakses dan tersedia," kata Julian.

Selain menawarkan perisa tropika, inspirasi tempatan seperti limau laici dan nanas tembikai, minuman prebiotik berkarbonat Supergulp diletakkan pada titik harga lebih rendah daripada jenama import.

Ini membolehkan jenama itu menjangkau segmen pengguna lebih luas.

Dalam pada itu, restoran dan kafe berfungsi sebagai titik sentuhan pertama yang unik untuk Supergulp berhubung dengan bakal pelanggan.

Hari ini, Supergulp boleh didapati pada menu tempat makan popular seperti Pizza Mansion.

"Proses pemikirannya ialah pengguna lebih berkemungkinan mengalami produk itu semasa menjamu selera di restoran dan jika mereka menyukainya, kemudian akan memutuskan untuk membelinya di pasar raya atau kedai serbaneka," jelasnya.

Supergulp juga menggunakan kaedah lain yang lebih ketara untuk mengukuhkan jenama itu sebagai tawaran gaya hidup serba boleh melangkaui hidangan minuman pengiring Ketika waktu makan.

Acara seperti perlawanan tenis, larian komuniti dan juga sesi perkenalan pantas atau 'speed dating' membolehkan syarikat itu mempamerkan kebolehsuaian produknya kepada pelbagai platform untuk dikenali.

The brand partnered with Paolo Paolo Gelato to craft a prebiotic ice cream float. — Paolo Paolo Gelato

Supergulp bekerjasama dengan Paolo Paolo Gelato bagi menghasilkan hidangan ais krim prebiotik. — Paolo Paolo Gelato

"Ideanya adalah untuk menunjukkan bagaimana Supergulp boleh menggantikan minuman isotonik semasa bersukan atau ketika melakukan temu janji.

"Aspek mengenai kesihatan usus juga menjadi permulaan perbualan yang menarik untuk orang ramai," katanya.

Selain itu, perkongsian baru-baru ini dengan jenama gelato tempatan yang popular, Paolo Paolo Gelato, menunjukkan pelbagai cara produk itu boleh digabungkan.

"Kami bekerjasama dengan mereka untuk mencipta ais krim terapung prebiotik.

"Terdapat banyak kemungkinan dari segi cara ia boleh dinikmati - menggunakannya untuk dicampur dengan minuman, contohnya," katanya.

Pada 2025, Koh berkata, perniagaan itu akan memberi tumpuan kepada pengedaran luar negara ke pasaran seperti Indonesia.

"Ini akan menjadi sangat menarik, kerana kami akan mempunyai satu set pengguna yang berbeza, yang akan mempunyai testimoni dan dinamik berlainan," ujarnya.

Pada masa sama, jenama itu terus komited mengembangkan kehadirannya di lebih banyak rangkaian peruncit di seluruh Malaysia, yang diakuinya boleh menjadi satu usaha mencabar.

"Salah satu cabaran terbesar adalah dalam meyakinkan lebih banyak peruncit tradisional bahawa terdapat permintaan untuk minuman ini.

"Usaha mengubah mentaliti adalah sesuatu yang sukar, tetapi pada penghujung hari ia kembali kepada misi kami - meningkatkan kebolehcapaian terhadap pilihan yang sihat untuk lebih ramai orang," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram