DILAHIRKAN dan membesar di Jakarta, Indonesia, Chef Hans Christian menemukan kekayaan kulinari menarik di sebalik persepsi umum yang sering kali dilabelkan terhadap bandar metropolitan terbabit.
Chef Hans pemegang Ijazah Sarjana Muda Pemakanan Kulinari dan Sains Makanan daripada Johnson & Universiti Wales pernah berkhidmat di Restoran Yono di Albany, New York dan Restoran Alinea berbintang Michelin di Chicago, Amerika Syarikat (AS).
Selepas kembali ke Indonesia pada 2016, Hans menyertai Fairmont Hotel Jakarta sebagai chef de cuisine yang mengemudi pasukan cef untuk memenangi pelbagai anugerah kulinari.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
Menjelang penghujung 2019, Chef Hans memutuskan memartabatkan landskap gastronomi tempatan melalui pembukaan Restoran August di Jakarta bersama Chef Aidan Low yang menyajikan selera kontemporari pengaruh Indonesia termasuk menerusi pengenalan hidangan New Nusantara.
Beliau menerima pengiktirafan sebagai Asia's One to Watch dan berada di tangga ke-95 dalam senarai lanjutan 50 Restoran Terbaik Asia 2023.
Berikut merupakan temu bual Majoriti bersama Chef Hans:
Apakah yang mencetuskan inspirasi buat anda memartabatkan kulinari Indonesia?
Jakarta adalah tempat saya dibesarkan dan saya tidak dapat melihat diri ini menetap di tempat lain, selain Jakarta. Orang ramai mempunyai persepsi yang pelbagai mengenai Jakarta, khususnya sebagai sebuah bandar perniagaan tanpa apa-apa keistimewaan.
Namun, sebenarnya kota itu adalah sebuah pusat kulinari menarik untuk diterokai.
Saya cuba yang terbaik dalam mewakili makanan, rasa dan budaya tempat saya membesar melalui tafsiran saya sendiri supaya cita rasa Indonesia lebih dikenali di luar negara
Bagaimanakah anda menyepadukan selera tempatan ke dalam hidangan mewah?
Kami komited menonjolkan inti pati rempah ratus Indonesia, ramuan dan lapisan perisa dalam pelbagai aspek hidangan seperti sos sehingga kaedah penghasilan makanan itu sendiri.
Apakah anda percaya pada potensi unik masakan Indonesia dalam landskap santapan mewah global?
Karamel pada bahagian asas dijadikan bumbu, diadun bersama pelbagai campuran rempah yang menghasilkan lapisan rasa unik dalam hidangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram