KPT pantau perkembangan 8 pelajar terlibat kemalangan kereta di Mesir


  • Primer
  • Selasa, 28 Jan 2025

Antara pelajar Malaysia yang masih menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan di Mesir pada Sabtu. — Facebook/EME

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan bantuan dan memantau keadaan lapan pelajar Malaysia yang terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir pada 25 Januari lalu.

KPT dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian mengesahkan bahawa lima pelajar mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di wad pesakit luar Hospital Sayed Galal di Kaherah, manakala tiga pelajar dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

“Kementerian sedang memantau rapat perkembangan situasi ini dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri,” menurutnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Harimau Malaya kena pukul casual Thailand dikejarkan ke hospital akibat hentakan di kepala

BACA LAGI: Atlet paragliding Malaysia maut ketika latihan di Thailand, sempat beri wang umrah kepada ibu bapa

Kementerian dalam pada itu turut menggesa pelajar untuk mengemas kini maklumat peribadi dan akademik mereka di portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi bagi memastikan akses maklumat yang cepat dan tepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesir di alamat Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK), 26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha Square, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of Egypt atau telefon di nombor +00 202 2487 3858 atau e-mel di [email protected].

Majoriti pada Ahad lalu melaporkan, lima pelajar yang mengalami luka ringan dalam nahas tersebut ialah Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedo.

Menurut Education Malaysia Egypt (EME), tiga lagi pelajar, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram