PASANGAN suami isteri dilaporakan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki mereka terbabit dalam satu kemalangan di Chumphon, Thailand pada Isnin (27 Januari).
Menerusi perkongsian Facebook Bmws1kMalaysia, mangsa Mohd Sofi Ismail dan isteri, Zaimima Ismail (Emma), masing-masing berusia 43 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Perginya dua orang sahabat di bulan Rejab yang mulia, Mohd Sofi Bin Ismail @ Epi / Efie dan isterinya, Emma ke rahmatullah sebentar tadi.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Panggil semua pemain keluar', apa Aleksandar Cvetkovic buat bikin fans Sri Pahang terharu
"Kemalangan dengan jentera kesayangan mereka di kawasan Chumpon, Thailand."
Menerusi ruangan komen rata-rata orang ramai mengucapkan takziah buat pasangan terbabit yang meninggal dunia akibat kemalangan terbabit.
Difahamkan, proses tuntutan akan mengambil masa dan jenazah dijangka tiba di sempadan Malaysia-Thailand pagi Selasa.
Jenazah akan dibawa ke kampung halaman keluarga Zaimima di Merbau Pulas, Kedah, untuk urusan pengebumian.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram