Cecelia Yap mohon maaf hina agama Islam, sedia beri kerjasama dengan polis


  • Massa
  • Isnin, 27 Jan 2025

Siasatan terhadap Harith dilakukan di bawah Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PEMILIK akaun Facebook, Cecelia Yap Song KL, yang didakwa memuat naik komen menghina agama Islam, telah tampil ke hadapan untuk memohon maaf.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh firma guamannya, Saibullah MV Nathan & Co, Cecelia menyatakan bahawa dia amat kesal dengan kenyataan sensitif yang dimuat naik di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Cecelia juga berkata, akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan berhubung komennya.

BACA LAGI: [VIDEO] Bil pesanan ikan bakar, 'shellout' nak cecah RM2,000 tapi scam 'transfer' satu sen

BACA LAGI: Suami isteri maut terlibat kemalangan ketika konvoi motosikal di Thailand

"Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan komen saya, terutamanya rakan-rakan Muslim yang saya hormati.

"Saya amat kesal dengan komen tidak sensitif itu dan berjanji untuk tidak mengulangi tindakan tersebut," katanya pada Isnin (27 Januari).

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa polis telah merakamkan kenyataan daripada pelawak dan pelakon Harith Iskander berhubung dakwaan membuat komen sensitif terhadap Islam dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau juga menyatakan bahawa sebanyak 16 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung insiden itu.

Ketua Polis Negara turut mengesahkan siasatan terhadap Harith dan Cecelia dilakukan di bawah Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram