[VIDEO] Mayat wanita Indonesia disumbat dalam bagasi, ditemukan tak sempurna ketika buang sampah


  • Benua
  • Jumaat, 24 Jan 2025

Penduduk di kawasan Desa Dadapan Ngawi digemparkan penemuan seorang mayat wanita yang disumbat dalam sebuah bagasi merah pada Khamis. — Agensi

MISTERI sebuah bagasi merah yang dibuang di dalam sebuah parit di Ngawi dekat Jawa Timur, Indonesia terungkai selepas seorang penduduk menemukan mayat seorang wanita pada Khamis.

Penemuan mayat tanpa identiti di Desa Dadapan itu turut menyebabkan kegusaran awam dalam kalangan penduduk setempat kerana mayat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Memetik laporan media antarabangsa, bagasi tersebut dtemukan seorang penduduk, Yusuf Ali, 35, ketika sedang membuang sampah bersama adiknya.

BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat sumbang satu gol, mata penyerang Moldova, Ion Nicolaescu hampir tersembul lepas buang hingus

Yusuf menemui bagasi berkenaan di dalam sebuah parit di seberang jalan rumahnya pukul 9.30 pagi Khamis.

"Saya sedang membuang sampah bersama adik apabila ternampak sebuah bagasi besar dalam parit. Apabila saya membukanya, rupa-rupanya ada mayat wanita di dalamnya," katanya.

Menurut Yusuf lagi, pada awalnya dia menyangka bagasi merah milik seseorang yang terjatuh. Namun, dia terkejut apabila mendapati isinya adalah mayat wanita dalam keadaan tanpa pakaian dan tidak sempurna.

"Pada mulanya saya sangka itu bagasi milik orang yang terjatuh, tetapi apabila dibuka, saya dapati ia mengandungi mayat," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ngawi, Dwi Sumrahadi Rakhmanto mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, penemuan tersebut disahkan sebagai kes bunuh selepas pemeriksaan mendapati kepala dan kedua-dua kaki mangsa telah hilang.

"Ini adalah kes pembunuhan kejam kerana terdapat bahagian tubuh mangsa yang hilang," katanya pada Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa kaki kiri mangsa telah dipotong dari pangkal paha, kaki kanan dari lutut, dan kepala mangsa hilang.

Polis kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan menangkap suspek yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan kejam itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram