KETIKA kecil, Lilian Lo menadah titisan hujan di jendela lalu membayangkan suatu hari nanti beliau dapat mengubah air hujan menjadi berlian.
Cintanya terhadap berlian sememangnya sudah bercambah sejak awal usia.
Namun, obsesnya mula menjadi kenyataan usai menamatkan pengajian tinggi apabila ditawarkan bekerja di sebuah syarikat berlian.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
Siapa sangka, hari ini beliau merupakan Pengarah dan Pengasas Bludiamond, sebuah syarikat barang kemas dan berlian.
Didorong minat mendalam terhadap berlian dan batu permata, Lilian mengikuti kursus permata di Institut Permata Amerika (GIA), California, Amerika Syarikat (AS), akhirnya menyuntik idea untuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan.
Menurut Lilian, perniagaannya mempertaruhkan reputasi sebagai jenama menyediakan berlian berkualiti tinggi.
Lalu beliau dan suami, Henry Tan, mengasaskan Bludiamond pada 2003.
Bermula sebagai tukang mengeluarkan barangan kemas mengikut tempahan, perniagaan tersebut berkembang membekalkan berlian borong secara runcit sebelum melibatkan diri secara langsung terus kepada pelanggan.
"Kami pakar secara eksklusif dalam perkhidmatan memotong berlian Belgium, sesuatu yang masih kurang disediakan dalam pasaran tempatan.
"Walaupun majoriti industri memberi tumpuan kepada berlian gred komersial, kami melihat peluang untuk menyediakan standard yang lebih tinggi," katanya.
Bludiamond beroperasi berdasarkan temu janji tanpa sebarang premis runcit.
Menurut Lilian, perniagaannya mempertaruhkan reputasi sebagai jenama menyediakan berlian berkualiti tinggi.
"Pangkalan pelanggan kami berkembang pesat dan tersebar selepas menjadi buah mulut ramai pihak.
“Daripada menyasarkan pengembangan pesat atau penguasaan runcit, kami memilih untuk kekal sebagai tukang emas butik.
"Ini membolehkan kami mengekalkan standard pertukangan, menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan dan kekal dengan nilai kami,” ujarnya.
Untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang pelbagai dan khusus, perniagaan tersebut berkembang dengan memasukkan dua jenama sampingan.
The Solitaire Co memberi fokus menyediakan cincin pertunangan dan barang kemas perkahwinan yang direka halus manakala Grafiti Angel pula menawarkan pilihan reka bentuk artistik buat pelanggan yang mencari ciptaan permata berhias diperibadikan kisah tersendiri.
The Solitaire Co memberi fokus menyediakan cincin pertunangan dan barang kemas perkahwinan yang direka halus.
Menurut Lilian, salah satu faktor menjadi keutamaan buat pelanggan ketika membeli barang kemas adalah jaminan akan memperoleh perkhidmatan daripada mereka yang mahir dan berpengetahuan.
Oleh itu, mewujudkan reputasi untuk kecemerlangan dalam kualiti produk dan perkhidmatan adalah penting bagi seorang tukang emas.
"Pelanggan perlu berasakan kepercayaan dan hubungan dengan kedua-duanya iaitu syarikat dan jurujual.
"Atas sebab ini, komunikasi yang jujur adalah asas perniagaan kami," ujarnya.
Walaupun nilai teras seperti kepercayaan dan pertukangan berkualiti kekal penting buat pengguna, Lilian menyatakan bahawa cita rasa dan pilihan produk sememangnya terus berubah dan berkembang selama ini.
“Sebelum pandemik Covid-19, terdapat penekanan terhadap kepelbagaian dan kreativiti dalam reka bentuk.
"Bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pelanggan tertarik kepada reka bentuk klasik ideal dengan gaya hidup kasual dan sporty,” ujarnya.
Ekoran itu, perniagaan menyaksikan peningkatan ketara dalam permintaan untuk barang seperti tennis bracelets, rantai dan cincin solitaire ringkas.
Lilian menambah bahawa sebahagian besar kerja di Bludiamond melibatkan penggunaan kepakarannya membimbing pelanggan tentang kepelbagaian kualiti berlian.
"Ramai pelanggan mulanya membandingkan harga berdasarkan reka bentuk semata-mata tanpa menyedari bahawa kualiti berlian berbeza-beza secara meluas dan memberi impak kepada rupa dan nilai kepingan itu.
“Berlian berkualiti tinggi dipotong mengikut garis panduan ketat untuk memaksimumkan kecemerlangan, menghasilkan kilauan luar biasa yang tidak dapat dipadankan dengan berlian gred komersial biasa.
"Selain itu, berlian yang direka dengan baik harus mempunyai batu sejajar saiz dan bentuk, menghasilkan kesan harmoni dan menyenangkan secara visual," katanya.
Dengan mempamerkan perbezaan dalam potongan, ketepatan dan padanan batu kepada pelanggan secara peribadi, tukang emas dapat membantu mereka memilih kepingan yang dibuat dengan baik sehingga boleh dihargai pelbagai generasi.
"Selain aspek kualiti, kami juga berusaha membantu pelanggan membuat keputusan bijak dan bukannya pembelian impulsif," tambahnya.
Di Bludiamond pelanggan juga akan dibimbing tentang kepelbagaian kualiti berlian.
Bludiamond menggalakkan pelanggan mengutamakan batu permata selari dengan emosi mereka dan mencerminkan gaya peribadi berbanding faktor seperti saiz atau harga.
Bagi 2025, Lilian berkata, perniagaannya akan menumpukan pada pertumbuhan berterusan dan memperoleh lebih banyak karya menarik untuk pelanggan setia.
Mengimbas kembali perjalanan selama dua dekad, wanita itu berkata, tiada perkara lebih memuaskan selain kejayaan membina sebuah pasukan yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada operasi.
Menurutnya, "Bersyukur kerana pasukan kami unik dan rapat seperti keluarga sendiri.
"Ahli pasukan saling menghargai antara satu sama lain, dan persahabatan itu menjadikan perjalanan kami sangat memuaskan untuk semua orang."
Pada masa sama, turut membanggakan apabila pangkalan pelanggan Bludiamond turut berkembang bersama perniagaan apabila ia kini melibatkan selebriti dan ahli kerabat diraja.
“Sungguh menggembirakan melihat kepada pelanggan yang kembali, yang telah menjangkau tiga generasi dalam keluarga sama.
"Kepercayaan dan kesetiaan mereka amat bermakna kepada kami dan memberi inspirasi untuk meneruskan kerja dengan penuh bangga," jelasnya lagi. — The Star/NICOLE CHEW
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram