PERCUTIAN keluarga bertukar menjadi detik-detik menakutkan selepas seorang kanak-kanak lelaki putus telinga akibat digigit seekor kuda.
Video mengenai insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah ladang haiwan di Pantai, Negeri Sembilan tular di media sosial sejak Ahad yang turut memaparkan kecederaan dialami kanak-kanak lelaki malang tersebut.
Berdasarkan klip terbabit, budak lelaki itu dilihat berdiri di depan sebuah kandang sebelum dia tiba-tiba diserang oleh seekor kuda yang betul-betul berada di tepi besi penghadang.
BACA LAGI: [VIDEO] Gen Z sanggup berhabis untuk 'travel' berbanding membeli barangan mewah
Foto memaparkan kecederaan dialami mangsa di bahagian telinga.
Video sama turut memaparkan kecederaan telinga mangsa dengan sebahagian daripadanya sudah terputus.
Kanak-kanak itu bagaimanapun sudah menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Lokasi sebenar kejadian tersebut bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan.
Dari percutian bertukar menjadi tragedi. Telinga adik ni putus kena gigit dengan kuda. Semoga cepat sembuh dikpic.twitter.com/zO3WWhCtez
— kamaghul deghaman (@ricxxxkiddo) January 26, 2025
Di ruangan komen, rata-rata warganet agak terkejut dengan insiden yang berlaku dan mendoakan kesembuhan buat kanak-kanak tersebut.
Pada masa sama, terdapat juga netizen yang mengingatkan ibu bapa agar sentiasa peka dengan aktiviti anak-anak lebih-lebih lagi ketika melakukan lawatan di tempat berisiko seperti di zoo mini.
"Kuda ini kalau mood dia tak baik, jangan dekat. Orang yg biasa dengan kuda dia akan tahu mood kuda tu baik ke tak. Semoga adik tu baik-baik sahaja," tulis sebulatbulan.
"Peringatan kepada mana-mana keluarga di masa akan datang," kata Syah Jamal.
Belum ada kenyataan pihak berkuasa, hospital mahupun pemilik ladang haiwan terbabit berhubung insiden berkenaan setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram